Thursday, February 19, 2009

Gua buntu..

Setelah hampir 5 jam aku menggadai masa untuk menyelesaikan soalan kerja rumah Prof AKM Mohiuddin,akhirnya dengan lemah aku lepaskan pena di tangan dan pasrah dengan ape yg bakal terjadi..aku gagal membentuk satu persamaan tindak balas kimia.aku keliru.mechanical atau chemicalkah aku?

Hari ini jam 8.30 waktu nusantara,aku akan berhadapan dengan Papa Automotif itu..rela atau tidak,wajah beliaulah yang akan ku tatap sehingga ke tahun akhir..aku belum bersedia untuk ke kelas pagi ini..mata agak berat..langkah agak longlai..fikiran seakan buntu dengan mechanical..aku mula menyalahkan institusi..aku mula menyalahkan pensyarah..sepatutnya dari dulu lagi aku lepaskan tanggungjawab yang membebani jemala ini..alangkah baiknya andai dapat diundur putaran masa..sudah pasti aku kini tersenyum bergelar graduan dari Kuliyyah of Economics and Management Sciences..

Waktu yang berlegar seolah2 tidak bersimpati dengan nasib aku..berlegar,berputar,dan berlari meninggalkan aku yang masih terkapar2 di dalam satu sistem masa.Masa hanyalah gagasan.aku hanyalah manusia..

Aku benar2 tidak mampu melayari lautan ini..layar hampir koyak,perut kapal bocor di sana sini,kelasi mabuk tak keruan,cuaca memaksa berlabuh dan akhirnya aku ke mana?Ke timur tiada makmur,ke barat tiada berkat,ke utara tiada sejahtera,ke salatan tiada rakan..kemana aku nak pergi?Semua jawapan belum pasti..yang pasti arahnya pagi ini,ke kelas Tok Moh lagi...




Gambar wanita sekadar hiasan


-KenapaAutomotif-

Monday, February 16, 2009

Dilema Pelombong

Aku datang bukan kerana kawan
Aku datang bukan kerana lawan

Dalam delima menurut perintah dan titah
Tokei Cina dah lama pulang
Hambalah aku bertopeng pejuang

Emas hitam hilang pada satu jajahan
Kini rakus melombong emas
di satu bumi yang nyatanya Perak

Habis emas habislah perak
habis perak besi bukan ku cari
Dilema datang lagi
Kali ini mana emas hendak ku gali?

-JudinDaGreat-
16 Feb 09
5.20pm





Aku Lompat

Aku berdiri
Mereka berdiri
Aku duduk
Mereka berdiri

Aku makan
kemudian mereka makan
Aku diSUAP
mereka senyap?

Aku LOMPAT
mereka duduk
mereka mereka berdiri

Yang duduk tak penat
Berdiri buang keringat
Yang lompat akan tenat

Tapi aku tetap lompat

















-judindagreat-
16Feb09
Selepas Zuhur