Friday, July 8, 2011

Bila Sudah Makan Gaji

BILA SUDAH MAKAN GAJI

Satu masa dahulu aku ke AAM Semarak
Jawatan Technical Manager siapa tak nak
Dua minggu aku membatu, mereka kata aku tak layak
Tak mengapalah. Status fresh grad siapa nak

Satu masa dahulu aku Elite Precision
Jawatan Project Engineer katanya dalam telefon
Sampai di Shah Alam, jawatan itu takde pun
Yang hanya ada jawatan Technicion

Satu masa dahulu aku ke Malaysia Automotive Institute
Research Officer. Dengar nama pun dah takut.
Temuduga bertiga, tak seorang pun sangkut.
Yang dah ada kabel lain kali tak payahlah ikut.

Satu masa dahulu aku ke Genting Sanyen
Bukan dekat-dekat, nun jauh di Banting
Calon-calon semuanya graduan Mechanical Engineering
Ditanya soalan pelik, aku sendiri pun pening.

Satu masa dahulu aku ke Ingenieur Keme di Shah Alam
Bos Melayu. katanya ilmu AutoCad aku belum cukup dalam
Nak digajinya aku seolah Pembantu Am
Kalau kau orang kena pun boleh pitam

Satu masa dahulu aku ke syarikat insuran AIG
Luar bidang tapi aku memang mahir Data Entry
Temuduga kedua hanya seorang yang dicari
Dari 4 calon aku tersingkir lagi

Satu masa dahulu aku ke Johnson Controls
Syarikat Amerika penuh prosedur dan protokol
Semua subjek sudah aku kaji dengan betul
Seorang Cina katanya aku tak tahu QA & QC Control

Satu masa dahulu aku ke Sapura
Bangganya kalau dapat berkhidmat syarikat Bumiputera
Lolos yang pertama aku ke temuduga kedua
Penuh dengan harapan akhirnya aku diberi kecewa

Satu masa dahulu aku ke Sony di Bangi
Mechanical Design Engineer, ini yang aku CARI!
97% untuk IQ dan temuduga aku rasakan lancar sekali
Ternyata mereka hanya mahukan orang yang pandai SOP
Disuruhnya aku fokus dengan automotive industry.

Satu masa dahulu bermacam syarikat aku pergi
Jobstreet, Mudah, JobsDb, JobsMalaysia, The Star, Utusan. apa lagi?
Career Fair sana, Job Fair sini
Tak cukup email aku hantarkan hard copy
Tapi bak kata orang Melayu "belum ada rezeki"
Bila dah penuh ilmu temuduga sebaldi
Dua minggu lepas aku cuba lagi

ALIF DIAMOND nama diberi
Tak payah ke Shah Alam hanya di Bangi
Baru 6 tahun beroperasi dalam O&G
Project Engineer calon dicari

Kali ini aku harus berhati-hati
Biar nampak pandir sebab kadang-kadang itu yang mereka cari
Soalan demi soalan aku jawab berbasa-basi
Adat padi semakin tunduk semakin berisi
Bila ditanya MS Project aku mengangguk depan MD
Depan beliau aku tunjuk simulasi

Dua minggu menyulam hajat
Tak putus doa ku panjat
Biarlah sedikit yang penting dekat
Kerna aku punya tanggungjawab lebih berat
Anak sulung, abang sulung, dan rakan-rakan satu tempat.

Petang Jumaat 8 Julai 2011 jadi sejarah
Penantianku yang kian membarah
Kini bertukar menjadi noktah
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

JudeLord-[Jumaat-sehari sebelum Bersih]

Kord Gitar : Luahan Hati by Kristal

Cm : XX5543
A# : XX3331
D# : 668886 atau XXX343
Fm : X33111
G# : 466544

Kristal - Luahan Hati

Intro :
Cm Fm A# D# G# Fm G

Cm A#
Pertama kali ku dengar suaramu
G Cm
Sayunya hatiku merindui dirimu
Cm A#
Walaupun belum kita bersua muka
D# G Cm (A# Cm Cm)
Namun aku tetap jatuh cinta

Cm A#
Pertama kali ku bertemu denganmu
G Cm
Sendunya hatiku melihat senyumanmu
Cm A#
Aku berharap engkau menerimaku
D# G Cm
Kerna aku bersedia menyintaimu

Chorus
A# D#
Akan ku renang lautan yang berapi
Fm Cm
Membuktikan kehebatannya cinta ini
A# D#
Tetapi jika engkau meninggalkan aku
Fm
Terhiris hati ini terguris jiwa ini
G
Menangis tak berlagu


Cm Fm
Biarpun ombak yang merubah pantai
A# D#
Kasihku takkan hancur berderai
G# Fm
Biarpun hari berganti hari
G
Dirimu tetapku nanti
Cm Fm
Sayangku pimpinkan tanganku
A# D#
Menuju mahligai bahgia
G# Fm
Kita bersama nikmati kisah cinta
G
Hidup bagaikan di syurga
Cm
Oh kasih.



Thursday, July 7, 2011

Tak perlu kata apa-apa..senyum~


Gambar 1


Gambar 2


Ada berapa banyak lagi page Sent Emails. Tapi takkan nak tunjuk semua. Ini bukan album gambar.

Wednesday, July 6, 2011

Tak Rosak..Cuma Tak Berbunyi

Aku memiliki sebuah telefon bimbit.
Tak mahal. Tapi orang kata telefon pintar.
Telefon makin pintar. Manusia makin putar.
Pelik.

Dah seminggu aku bangun pagi awal.
Dan aku tak tidur selepas tu.
Ke depan, ke belakang, ke jamban, ke bilik.
Ke mana saja aku pergi aku pastikan telefon bersama aku.

Kadang-kadang berdering.
Nombor-nombor yang terpampang semunya aku kenal.
@}-Xera--, Ehsan, Kamal Scoote, Mail Satria, Pojan, Mum.
Kadang-kadang nombor yang pelik sampai tertulis unknown
Rupanya pihak bank mau kasi jual insuran dan saham kapitalis
Mereka lupa yang aku belum bekerja

Hari ini paling dahsyat.
Satu bunyi pun tidak kedengaran.
Hati resah. Gelisah. Tunggu punya tunggu.
Sudah rosak kah?
Adakah kau masih telefon bimbit?
Kalau ya, sampaikanlah berita gembira.


Tuesday, July 5, 2011

Dhuha

Entah dah berapa hari kehidupan aku rasa keseorangan. Walaupun lepak dengan member2, tapi aku rasa kosong. Member2 pon ramai dah kahwin n sememangnya aku lepak sorang kadang. Mungkin orang pelik dah berbulan aku lepak kedai minum. Ape aku buat?

Banyak jugaklah aku buat. Dulu aku key-in segla data survey dalam SPSS. Bila kerja tu dah abes, aku banyak download pulak. Movies, series, softwares, YouTube clips n mcm2. Dan aku ni suka baca blog2 yang membawa 'pencerahan'. Gautama mendapat pengcahayaan Boh di bawah pokok. Tapi zaman skrg nih org enlightened depan PC. Tapi pastikan sumber nya betul dan guna akal untuk berfikir.

Aku selalu termenenung mengenangkan diri aku. Tak kerja. Dah pergi lebih 10 interview. Cita-cita bukan main besar nak pinang anak orang. Aku memilih sgt ke? Tak jugak.

Dari hari tu lagi aku dah bercadang untuk melakukan Solat Sunat Dhuha. Dan aku berniat bersungguh2 untuk menjadikan Solat Sunat ni amalan. Harap-harap aku konsisten dan istiqomah. Solat Sunat Dhuha mengingatkan kita kepada rezeki yang bakal diperoleh kurniaan Allah pada hari itu dan hari-hari akan datang. Fadhilatnya membuka pintu rezeki yang selama ini mungkin Allah tangguhkan kepada kita dan sesungguhnya Allah tu tak pernah lokek. Kita yang tidak meminta. Dah terlanjur aku bercerita, biar aku kongsikan sedikit ilmu yang aku sendiri tercari-cari selama ini.

Waktu Solat

Dhuha bermaksud pagi. Waktu afdal melakukannya iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Solat

Sama seperti solat fardhu, semua rukun solat hendaklah dibuat dari takbiratulihram hinggalah kepada memberi salam. Solat Dhuha boleh dilakukan dalam 2,4,6,8 hingga 12 rakaat dengan setiap kali solat 2 rakaat dengan 1 salam. Maknanya kalau nak sembahyang 8 rakaat, kita kena sembahyang 4 kali dengan 2 rakaat setiap kali.

Niatnya mudah saja. Niat dalam hati dengan lafaz ini:-


Selepas bacaan surah Al-fatihah pada rakaat pertama , kita digalakkan membaca surah As-Syams. Untuk rakaat kedua. kita baca surah Ad-Dhuha selepas bacaan Al-fatihah.

Tapi bagi yang tidak menghafal surah-surah itu, boleh juga membaca Ayat Kursi pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Sekiranya kurang fasih juga, blehlah dibaca apa pun surah yang penting ibadah kita ikhlas kerana mengingatkan Allah Taala Tuhan Pemberi Rezeki.

Doa-doa

Pada sujud terakhir setiap kali sembahyang, kita digalakkan membaca doa berikut 3 kali dalam sujud terkakhir tersebut. Ini doanya:-

Sebutannya buat yang keliru : Wahabli Ya Wahhabu 'ilma Wahikmatau Warzukni Yaa Rozzak Kulli Musahhala

Selepas selesai bersolat, janganlah kita lupa berdoa. Solat kalau tak berdoa ni seolah-olah kita sombong dengan Tuhan. Sombong dengan Allah, apa pun tak boleh. Ini adalah doa yang digalakkan selepas solat sunat Dhuha. Doa ini exclusive dan khusus untuk solat Dhuha.

Sebutannya buat yang keliru : Allahumma Innaddhuha-a Dhuhau-ka Wal bahaa-a Bahaa u-ka Wal jamaala Jamaaluka Wal quwwata Quwwatuka Walqudrata Qudratuka Wal 'ismata 'ismatuka. Allahumma inkana rizqi fis samaa'i fa anzilhu. Wa inkana fil ardhi faakhrijhu. Wainkana muassaran fayassirhu. Wainkana haraaman fathohhirhu. Wainkana ba'iidan faqarribhu bihaqqi Dhuhaika Wa Bahaaika Wa Jamalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatinii Maa Ataita 'ibadakas solihiin.

Maksud doa ni cukup cantik dan cukup menyejukkan hati hamba yang sememangnya ingin menyerahkan diri dengan ketentuan rezeki Tuhan.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Selesai.

Aku sendiri masih dalam 'bengkel' mengamalkan sunnah Nabi Muhammad ini. Aku berniat Allah mudahkan tubuhku dan akalku untuk terus istiqamah melakukan Solat Dhuha. Aku harap yang membaca boleh mencuba. Ketenangan hati tu kalau sekali dah dapat, manis seribu tahun. Bak kata M. Nasir "Menanti satu detik pandangan magisMu. Cukup untuk meredakan rindu duniawi".

Thursday, June 30, 2011

Down!! DOWN!! Down!!

AKU TIADA KERJA
AKU TIADA KERETA
AKU TIADA JAWAPAN
AKU SUDAH USAHA
AKU DAH DOA
AKU DAH TAWAKKAL
AKU DAH MUAK MENUNGGU
MASA AKU SEMAKIN SINGKAT
AKU TAK MAMPU DIUJI SEHEBAT INI
KAU ORANG BODOH KE?
TELEFON AKU
DAN KATA "YOU ARE HIRED!"
DAMN!

Wednesday, June 29, 2011

Aku masuk asrama PEREMPUAN!

Seawal 6.30 pagi hari Selasa Jun 28 aku dah siap mandi, berbaju urban batik, dan deodorant Dashing murah dioles kemas di sekitar ketiak. Aku punya tanggungjawab besar hari ni. Aku menggantikan tugas arwah ayah untuk menemani adikku Nurhani ke Kolej Mara Banting. Walaupun sudah aku pastikan dengan alat canggih GPS yang jarak ke KMB hanya 27km, adikku yang boleh dikatakan agak skema ni memang tak biasa melengah-lengahkan waktu. Ciri-ciri orang berjaya agaknya.

Aku menekan pedal minyak Waja berkapasiti enjin 1.6 dengan sistem Campro ke sana. Ibuku risau yang kami belum sarapan dan enggan sarapan di KMB kerana tak mahu berebut-rebut dengan parents yang lain. Aku sampai di simpang KMB di Labohan Dagang sekitar 30 minit perjalanan melalui Precint 20 dan Pekan Dengkil. Kami bersarapan di sebuah kedai yang sudah aku lupa namanya. Tapi rasa masakannya aku ingat. TAK SEDAP!

Kami antara yang terawal sampai di perkarangan kolej. Di tembok hadapan KMB ini terpampang jelas perkataan 'International School'. Aku diberitahu program International Baccalaureate di KMB ini antara yang terbaik di dunia. Padanlah semua muka pelajar-pelajar yang aku jumpa ada yang rupa buku teks, ada yang rupa kalkulator, dan ada yang iras-iras tikus makmal. Aku puji sistem mereka mengatur majlis hari ini. Dari tempat parking hingga ke kolej, semuanya berjalan lancar dengan sistem yang kemas. Semuanya diatur oleh senior-senior. (Taklah senior mana pun!).

Bahasa pengantar di sini ialah Bahasa Inggeris sepenuhnya. Itupun aku maklum selepas salah seorang committee berbangsa Melayu menegurku yang sememangnya berwajah Melayu tulen,

"Are you registering?", tegur seorang gadis senior di situ.
"Yeah. My sister here", menjawab dengan slang Amerika celup
"This way please. Here is the flow chart for registration process", tambah dia kemas sambil memberikan sekeping kertas merah jambu.

Hmmm..Aku risau kalau-kalau soalan yang sama diajukan kepada makcik-makcik yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Dah tentu berat mulut nak menjawab. Aku dan ibuku menunggu di kawasan menunggu sambil membaca risalah-risalah yang diberikan.

Ada muka yang macam buku teks, macam kalkulator dan tikus makmal

Sambil menunggu aku merenung seorang demi seorang mereka yang berbaris. Mereka ini semua pelajar-pelajar cemerlang tahap dewa di sekolah masing-masing. Aku terfikir macam mana keadaanya apabila semua bijak pandai ni dikumpulkan dalam satu tempat di KMB. Dah jadi macam sekolah X-Men ataupun Hogwarts tempat Harry Potter tuh. Tapi ada jugak yang bertshirt kolar bulat datang mendaftar. Tanpa kompromi, terus kena tukar baju. Ada kaunter Rupa Diri dimana pakaian pelajar akan diperiksa untuk memastikan mereka berKASUT, berSTOKIN, berBAJU KURUNG, dan kemas.International sungguh! Bosan menunggu, aku pun mengajak ibuku ke Dewan Besar kerana terdengar pengumuman yang mereka sedang tayangkan persembahan multimedia.

Bazaar yang dikelola para pelajar. Bolehlah beli barang-barang persiapan last minute

Signboard angkuh depan dewan besar


Rasa sedikit tua bila berada dalam ni. Oh damn!

Tak lama disitu adikku memberitahu yang dia sudah selesai mendaftar dan kami terus ke kolej kediaman menaiki kereta. Nasib baik boleh bawak kereta dan nasib baik juga adik aku dapat tingkat satu. Kalau nak berjalan kaki dengan luggage dan segala khazanah adik aku ke kolej, 2 hari setengah baru sampai!

Sampai di kolej blok D, geng-geng committee menyambut mesra kedatangan kami. Jangan risau tentang penat. Mereka akan beramai-ramai tolong angkat semua barang. Sekali jalan je.

"This is the only day yang men can enter the college tau" gurau salah seorang mereka kepada aku.
"Oic. Never mind. I don't feel it's a kind of privilege pun" sambil sengih aku jawab.

Di tempat parking, aku dapat simpulkan sesuatu. Rata-rata kereta ibubapa yang ke sini bukan buatan Malaysia dan model-model yang menggerunkan. Range Rover Sport, Mercedec CLS 350, BMW 5xx, Nissan Fairlady, Toyota Alphard Vellfire, Chevrolet Cruze, Toyota Camry, Honda Insight dan macam-macam lagi! Aku rasa kerdil. Dalam hati aku terfikir adakah ini tempat anak-anak orang kaya dikumpulkan? Kalau kaya, kenapa perlu biasiswa? Macam mana pergaulan mereka nanti? Harap-harap mereka kaya dan berkasta tinggi tapi tidak berperangai tipikal.

Persediaan dari rumah membawa kain buruk, suratkhabar, penyangkuk, penyapu dan macam-macam alatan pertukangan memang berguna keran semua itu tidak disediakan. Kami terus menukar cadar, memasang lapik meja, membersihkan loker, memasang langsir dan kerja-kerja menggantung pun bermula. Adik aku gantung Today's Advice laa, kalendar majalah Seventeen dia, and stuffs yang dia rasa konon-konon comel. Urghhh! Girls...

Kolej kediaman Blok D. Bersih kan?


Muka control tak sedih. Tiap-tiap minggu nak balik

Adik aku beruntung kerana mendapat seorang roommate dari Kuantan yang kakaknya pernah belajar disini. Kakaknya memberitahu yang beberapa benda penting yang ingin aku kongsikan di sini

  1. Tilam hendaklah dijemur terlebih dahulu kerana kadang-kadang terdapat pepijat yang gersang setelah lama pelajar bercuti.
  2. Jadual kutipan dobi di blok D adalah hari Selasa dan Khamis. Pastikan bakul baju penuh sebelum hantar ke dobi ataupun kongsi dengan roommmate supaya penuh. Makcik dobi agak emosional dan tidak akan melayan bakul separuh apetah lagi kalau setakat ada stokin dan boxer SpongeBob.
  3. Bawa langsir satu panel supaya dapat menutup ruang hadapan sebelah pintu dari diintai tetamu yang tidak diundang.
  4. Part paling best! Buku-buku teks peninggalan senior ada di common room dan memang untuk diwakafkan. Semua buku terutama silibus IB memang mahal dan peluang ini peluang bonus. Siapa cepat dia dapat!
  5. Blok D merupakan blok yang paling bersih dan tidak mengalami masalah gangguan bekalan air. Bersedialah untuk menerima kunjungan pelajar blok lain dan bersuaikenallah di bilik air.
  6. Kemudahan elektrik di plug akan dicatu jam 2.00 pagi hingga 12.00 tghari. Ini membuatkan pelajar-pelajar yang ingin mengecas laptop dan berwebcam dengan pasangan masing-masing waktu lewat malam terganggu. Updatelah FB sebelum pukul 2 pagi.
  7. Pelajar perempuan Cina kadang-kadang TERbuat bising apabila bertegang lidah dengan BF. Cara mengatasinya : Bawa kapas dan sumbat telinga. Kalau berani sumbat mulut diorang.
  8. Makcik dobi emosional. Makcik kantin emosional. Makcik cleaner paling terbaik dan memahami.
  9. Tiada HANTU, NYAMUK, SERANGGA BERBAHAYA, dan HAIWAN LIAR dikhabarkan. Cuma ada pelajar lelaki gersang (pernah berlaku). Ini kira kategori HAIWAN LIAR MERANGKAP HANTU BERBAHAYA.
  10. Surau di tingkat atas. Kadang-kadang terlalu sempit untuk solat di bilik sendiri.
  11. Bersedialah untuk membuang perkataan SOCIAL dan LIFE dari kamus hidup selama 2 tahun!
Tu dia. Segala jenis buku. Sarat dengan ilmu.

Aku ucapkan selamat berjuang buat adikku Nurhani Mat Razali. Dia ditinggal ayahnya buat selama-lamanya waktu berusia kurang setahun. Itu yang aku selalu fikirkan. Dari mana datangnya kekuatan dia, aku pun tak tahu, Tuhan Maha Kuasa! Dia hanya ada ibu dan aku sebagai abang sulung yang akan pastikan dia dapat segala-galanya. Education yang baik, kawan yang baik, pakaian yang baik, makanan yang baik, lifestyle yang baik dan masa depan yang lebih baik dari diri aku sendiri. Good luck!!!


Tuesday, June 28, 2011

FUTSALisme

Futsal ni dah kira macam ideologi dah jugak. Sebab ramai sgt dah orang 'beriman' dengan futsal ni. Ade yang sampai tinggal anak bini. Tapi gua taklaa camtu. Paling kuat pun balik kul 2-3 pagi. Setiap Isnin mmg rutin gua, Ehsan n Dr. Joe main futsal dekat Segambut. Dulu nama futsal ni XL Futsal. Baru-baru ni dah tukar management plak jadi Samba De Futsal. Tak kesah laa apepun namanye, yang penting sekarang dah ade WiFi. Hi tech!

Gua memang minat main posisi keeper. Sesuai laa dgn fizikal gua yang boleh menutup separuh gawang dan fierce face gua yang bisa menggerunkan striker. Hahahahaha. Dulu zaman skola pun mmg gua main keeper. Tapi keeper hoki. Ingat lagi waktu bola hoki meluru tepat leret ke arah gua dan gua tendang spontan. Laju je bola tu pergi dan singgah di dahi striker hoki pasukan Sekolah Sungai Pelek. Bertelur di dahi mamat tu. Hoki ni mmg sukan merbahaya. Lagi-lagi untuk kaum perempuan. 'Permata Yang Hilang' mmg konfem!

Esok pagi gua akan bangun awal dalam sejarah pengangguran gua. Gua nak ke Kolej Mara Banting Bukit Changgang untuk menghantar adik kesayangan gua. Dia buat persediaan ke luar negara kat situ. Harap-harap dia ok laa dekat sane sebab ni kali pertama die duduk asrama. Gua masa kat matrik UIA dulu pun first time jugak. Tapi gua ni lelaki. Senang nak cari kawan. Hisap rokok sebatang, terus dapat kawan. Rokok ni kalau dipandang dari perspekti ni mmg baik laa. Btol tak? Mengeratkan sillaturrahim tu. Lagi-lagi bila orang yang kita tak kenal tu mintak lighter. Tak pernah si pemunya lighter tak bagi. Oh! Indahnya!

Sunday, June 26, 2011

kenduri tu..kenduri ni

Liat btol aku nak bangun pagi td bila mak aku kejutkan aku seawal pukul 8 pagi. Aku tau perjalanan jauh ke Tanjung Karang hari ni perlu rehat yang cukup dan berlebihan. Semalam sudah cukup aku memerah tenaga untuk kenduri tahlil arwah ayahku di rumah. Dari siang membawak ke malam. Tak henti-henti bekerja. Dari mengemas dalam rumah, belakang rumah sampailah merepair lampu di bahagian garaj yang rosak. Nasib baiklah ade ilmu electrical yang ciput. Boleh jugak tunjuk macho depan jiran-jiran. Hahahahaha. Walaupun berstatus pengganggur, gua tetap rasa gua engineer kelas pertama.

Ramai jugak tetamu semalam. Semua seakan terpanar dengan menu-menu yang dihidangkan. Mak aku masak nasi lemak ayam berempah, roti jala dan kuah kari, pulut kuning dan rendang. Sebagai anak emak, memang aku ni suka masakan mak aku. Tapi disebabkan sibuk melayan tetamu, aku sendiri pun dapat makan pulut kuning je. Terima kasih buat rakan-rakan karib yang datang. Kamal, Mail dan isterinya Iffa, Ajib dan isterinya Yati dan anak Samir Nasri, Dr. Johari dan Ehsan Shahwahid. Ada beberapa member yang tak dapat dtg kerana ada kenduri lain katanya. Yang paling penting, buah hati aku, Xera pun datang! Woohoo!!! Bangga aku tunjuk dekat makcik-makcik bakal bini. Hahahaha. Thanx yang!

Dari malam tadi mak aku dah ingatkan tentang kenduri hari ni di Tanjung Karang. Pakcik Rahman Parjo dan makcik Azzah ni memang bestfriend arwah ayahku dan mak. Bayangkanlah, dorang ni dulu pengapit mak aku. Punyelaa rapat. Arwah ayah aku siap duduk serumah waktu bujang dengan pakcik Rahman ni. Tapi dia ditugaskan di Stesen Mardi Tanjung Karang. Terpaksalah bawak diri jauh. Anak dia K.A.H.W.I.N hari ni. Dua serentak plak tuh. Dah tak lalu aku nak tengok pengantin sebulan dua nih. Tiap-tiap minggu!

Yang best sebab Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor yang baru dibuka 24 Jun tu menawarkan tol percuma selama 2 minggu. Aku hanya perlukan masa 1 jam 15 minit je nak ke Tanjung Karang. Memang dekat. Dahla memang aku nih bukan kaki speeding. Kira cepat gile la tuh. Aku cadangkan korang yang nak ke Kuala Selangor, Tanjung Karang, Ijok or belah-belah sana, naiklaa highway nih. LANCAR!! TOL PUN TGH TAKDE!!

Apa yang aku tau aku tersandar lepas balik dari sana. Mungkin sebab aku tibai macam gila sup tulang kat Tanjung Karang tadi. Terer btol wak-wak,bibik-bibik kat sana masak. Lembut dan sedap gile. Semangkuk penuh aku tala. Nasib baik takde darah tinggi. Kalau tak on the spot tumbang. Terpaksa aku stay Hospital Tanjung Karang.





Riot di Bangi Seksyen 15!!

Rasa diri macam hebat. Ada orang rasa lebih hensem bila tukar jam tangan baru. Ada orang rasa segak dengan kasut baru. Tapi aku rasa cam best plak bila aku tukar template baru untuk blog aku ni.

Semalam punya letih gelak berdekah-dekah macam orang gila di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi masih belum hilang. Aku sudah lebih awal plan sama Pojan, Ahli Majlis Ali 1 Bistro untuk lepak di Fariz Maju Seksyen 15 untuk menyaksikan final Maharaja Lawak. Sememangnya keadaan di situ happening dengan 3 skrin besar alam untuk ditonton. Tapi apakan daya bila jam 9.30 aku dan Pojan sampai, Fariz Maju, Ameerali dan Rizwath PENUH DENGAN MANUSIA, KERETA DAN MOTOSIKAL. Aku ulang. PENUH!!!! Satu kerusi pun takde. Orang duduk di atas motor dan kereta sambil minum guna cawan polisterin!! Setiap ruang sarat dengan kenderaan dan manusia. Bukan aku cuba nak hiperbola. Tapi sesiapa yang biasa di Seksyen 15 akan tau. Apa kejadahnya kalau korang nak kene parking di Petronas depan tu untuk ke Fariz Maju? Memang DAMN!!

Yang lebih terbaik bila kedai-kedai lain yang selama ini penuh dengan bunyi cengkerik pun sendat membuak-buak. Sebagai contoh kedai Murtabak Singapura. Selama ni memang boleh kira dengan jari pelanggan kat kedai ni. Tapi Maharaja Lawak betul-betul bawak rezeki. Semua kedai makan di Seksyen 15 penuh. Dan aku yakin 50%-60% yang ada di Seksyen 15 ialah pelanggan Astro Warna tapi saja je nak meriah-meriah lepak situ. Termasuklah aku dan Pojan. Sudahnye kami lepak melangut dekat tembok hampir setengah jam sebelum satu family keluar dari Murtabak Singapura dan sepantas kilat pling! pling! kami menggantikan kerusi kosong. Habis Maharaja Lawak kereta dan motor yang keluar dari situ macam baru balik stadium perlawanan Malaysia VS Manchester United tiket free.

Aku dengan Pojan dahlah lame mengidam mee goreng mamak Fariz Maju. Sedap woo! Tapi akhirnya end up makan Murtabak Singapura RM8. Alhamdulillah kenyang. Kalau tak kenyang, tokei murtabak ni aku murtabakkan! Lagipun kedai ni masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tu. Boleh tahanlaa sedap die.

Balik pun awal sebab aku nak bangun awal pagi tadi untuk preparation kenduri tahlil arwah ayahku dan kenduri kesyukuran adikku yang dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Banting sebelum ke UK. Sekiranya tokei kedai Al-Fariz Maju terbaca blog ini, ingin aku majukan idea untuk memasang wifi di kedai tu. Adoi ane!! Semua orang lepak sudah pakai iPhone, smartphones, iPad, laptop, notebook, PSP, iPod, dan macam-macam jenis gadget. Takkan taknak pasang wifi sampai kiamat. tak intrend la ane!! Cuba tiru ane ni.. Dan sapa nak cabar ane ni boleh la klik sini.