Tuesday, September 14, 2010

video klip raya

Telah dirakamkan di Precint 14 pada pagi 1 Syawal.Setelah amalan memberi kad raya sudah semakin pupus dan dengan hanya menge'tag' gambar di FB aku rasa kurang cukup untuk mengubati syoknya menerima kad raya. Langsung aku berhajat untuk terus mengekalkan tradisi menghiburkan rakan-rakan sambil merapatkan ukhuwah.

Lead:Ajib
Rhythm:Kamal

Salam Dunia - Sangga Buana

Sunday, September 12, 2010

pejam celik

Bak kate orang-orang tua yang belum nyanyuk seperti atok aku "Pejam celik-pejam celik,dah dua hari raya".Aku pun merasakan masa terlalu pantas berputar.Ramadhan pergi pon begitu cepat tatkala aku sendiri mencari-cari ruang beribadat dan mengenal Ramadhan di saat-saat akhir. Seperti komentar rakan-rakan yang lain,aku juga kurang merasakan kemeriahan Syawal. Mungkin benar kata orang kemeriahan itu milik kanak-kanak.

Aku tiba di Masjid Uniten sekitar jam 8.30 pagi dan kedengaran Al-Fatihah sudah mula dibaca. Termengah-mengah aku mengangkat takbir.Selesai solat, aku ke Precint 14 untuk melakukan sessi penggambaran video eksklusif hari raya.Sampai hari ini aku sendiri tak dapat melihat video tersebut. Tanpa berlengah aku terus ke Tanah Perkuburan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda untuk menziarahi pusara ayahku. Sayu hati melihat ibuku menangis tanpa ku ketahui apa yang bermain di fikirannya. Merah tanah kubur disirami air dan aku berlalu sambil mengenang beberapa perkara.

Aku kemudiannya terus ke rumah bapa saudara yang tertua dalam famili aku. Beliau merupakan ketua kampung di situ dan tidak dapat tidak terpaksa melayan rombongan warga kampung seawal pagi raya. Sesudah selesai santap lauk pauk raya yang standard, aku dan famili terus ke Putrajaya untuk mengambil barang dari rakanku dan seterusnya ke Pullman untuk bergambar. Tak sangka penuh juga tempat ini. Tak kurang 10 famili yang bergambar di tempat yang sama.AKu pun melayan karenah adik-beradikku yang teruja untuk bergambar. Masuk waktu Zuhur aku terus ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama Perdana Menteri. Aku haram tak nampak kelibatnya kerana aku jauh di belakang. Tak sempat bersalam pun.

Dengan mata separuh terbuka aku gagahkan diri ke Batu 5 Bangi,iaitu kampungku. Walaupun atuk sudah tiada dan nenek teruk dihentam strok,aku masih merasakan aku perlu ke sana tiap-tiap tahun sampai mati. Inilah tempat aku bermain dan mengenal dunia sewaktu kecil selain dari Bandar Kuala Lumpur. Ramai pakcik-pakcikku yang tidak beraya disini pada tahun ini kerana beraya di rumah mentua.13 orang adik beradik ayahku. Bila ramai tak pulang,rasa kosong.Tapi rendang ku bedal jua.Walaupun kapasiti perut sudah melebihi Factor of safety yang dibenarkan.

Aku yang akur tak dapat duit raya dari ibuku

Mata semakin mengantuk.Sampin masih terikat kemas.Songkok masih di kepala. Aku fikir aku orang melayu.Ini persiapanku.Menziarahi keluarga tuntutan agamaku.Aku teruskan perjalanan ke Wangsa Maju,Kuala Lumpur iaitu rumah atuk dan nenek sebelah mak. Sebagai cucu yang paling sulung dan paling manja,ini saat yang ku nanti untuk bertemu atuk dan menyedut asap bersama.HAHAHAHAHA.Dan kini aku masih disini sampai hari raya ke-4 kerana banyak rumah saudara mara yang hendak dikunjungi. Aku mengikut saja.Aku akan terus beraya dengan baju melayu dan songkok. Kerana kalau bukan aku,siapa lagi mau sarung persalinan itu?Ah Chong?Ramasamy?Kuldeep?atau Kitingan?

Thursday, September 9, 2010

Jika Kau Masih Ada Untukku

Aku bukan pendeta, rang kaya seribu bahasa

Bukan juga sarjana sarat ilmu di dada

Apatah lagi sang muktabar yang fasih kitab sempurna

Tapi hadirmu yang singkat ku rasa

Tak sajak kata dengan rahmat yang kau bawa

Tak padan rasa dengan sinar yang ada bersama

Kecewa membelit raga

Hampa dengan kudrat yang ada

Sedang aku lalai dihelah dunia semasa

Berlari-lari mengutip pahala

Saat pintumu hampir tertutup setahun lamanya

Yang bijak, menghafaz kitab

Yang untung, sujud rehat sebulan tetap

Yang sedar, tangan kanan tak pernah lelap

Aku bertanya dimana Sang Api di gari?

Tetapi lupa nafsu sentiasa cuba merajai

Aku sedar kealpaan musim ini

Andai kau datang lagi

Sedang kursani masih buatku berdiri

Izinkan aku mengumpul erti

Ramadhan Kareem seperti yang dijanji

JudeLord-Akhir Ramadhan2010

semakin gila!

Ahli Majlis sudah semakin gila.Tak sampai berapa jam lepak di Ali 1,Ahli Majlis sepakat untuk pekena GCB di Mek Donalds PKNS Bangi. Aku sebagai Ahli Majlis tetap,pasrah saja dengan keputusan durbar. Sampai-sampai di MekD,GCB sudah habis promosi!Aduhai..keciwa membelit jiwa yang meronta-ronta ingin makan GCB.Aku lantas order Kentang Goreng Orang Perancis saja. Ada yang pulang awal atas urusan bersahur dengan keluarga.Tak mengapalah.Orang dah berumahtangga ni kita kene paham.

Ahli Majlis tetap sedang menunggu order


Di akhir-akhir Ramadhan ni aktiviti makan semakin menggila.Kontradik betul idea tuh dengan idea kedatangan Ramadhan.Orang muda.Hehehehe.

ngeteh lagi!!

Ini bukan sahaja hobi kegemaran.Bukan sahaja rutin.Tapi sudah jadi kemestian. Meja teh Ali 1 Bistro seumpama dunia magika yang menghilangkan resah setiap ahli majlisnya. Malam ini keadaan lebih meriah kerana dikunjungi ahli-ahli majlis berkecuali yang jarang-jarang ada iaitu Jay dan Auno. Walaupun ada yang masih bekerja esok,sessi teh selepas terawih ini masih lagi bernyawa dan semakin bugar.Hari ini banyak membincangkan isu-isu yang melibatkan hubungan Malaysia dan luar negeri. Bukan apa. Kerana aku berhajat untuk momohon kerja di Kementerian Luar Negeri. Secara teori,aku masih lemah apabila bercerita tentang diplomasi dua hala dan multihala Malaysia dengan kerajaan lain. Nasib baik ada Pojan,Ihsan dan Mail yang sememangnya geliga mengenai urusan-urusan yang disebutkan tadi. Semangat pulak aku nak join workforce Ministry of Foreign Affairs.Aku kuat merasakan diri aku sesuai untuk post tersebut berbanding jurutera. Memang sayang dengan karier jurutera.Tapi,harap-harap Tuhan tunjukkanlah jalan yang sebenar.

Ahli-ahli Majlis Ali 1 Bistro

Wednesday, September 8, 2010

terakhir buat tahun ini

Walaupun hidup berkasih itu indah,tetapi hendak sentiasa bersama itu bukanlah definisi cinta atau kayu pengukur kestabilan sesuatu perhubungan. Sudah lebih 5 tahun aku bersama dia namun hubungan aku tidak dibaja dengan perjumpaan yang lebih dikenali sebagai 'dating' dalam istilah bercinta. Aku mempunyai persepsi sendiri tentang 'dating' yang berlebihan. Selain dari itu, aku sememangnya sibuk dan dia juga sudah berkarier. Aku daif dan tidak punya kereta untuk selalu keluar bersama. Aku pokai dan tidak sanggup keluar kalau asyik dibelanja. Aku punya tanggungjawab sebagai anak,abang,kawan,sahabat dan jiran yang mungkin belum terlaksana dengan sempurna. Ditanya semua perempuan apa yang hebatnya tentang selalu berdating. 1001 jawapan akan keluar menyatakan positifnya aktiviti itu. Persepsi masing-masing berbeza. Aku kenal diri aku. Hanya ikatan pernikahan sahaja yang bisa menjadi jawapan konflik aku dan dia selama ini.

Sebelum berbuka rasa mau baham semua!

Hari ini hari ke-3 aku berbuka puasa bersama Xera. Disebabkan kapasiti perutnya yang kecil,aku tidak langsung bercadang untuk berbuka puasa secara buffet. Maka aku terus ke Yankies Hut Bangi yang satu masa dulu top dengan talapia bakar dan cendawan gorengnya. Aku gembira kerana dapat berjumpa. Ikhlas sewaktu melangkah kaki keluar rumah. Hilang segala lelah bila menatap wajah. Kualiti itu ada dalam pertemuan. Bukan pertemuan klisye uda dan dara yang sibuk berpegang tangan dan buat-buat manja. Plastik.

Berbicara soal romantik??Gua tak romatik??Hahahaha.Gua memang rocker kental. Bagi bunga,bikin lagu, nyanyi di telefon,makan bersuap,payungkan kekasih, buat kejutan harijadi dan bermacam-macam mimpi indah seorang dara terhadap terunanya. Cubalah tanya apa yang gua bikin untuk dia.Senarai di atas??KHATAM!
Si jelita dan Si Mat Rock

Secara asasnya hubungan cinta itu dipupuk dengan rasa selalu ingin bersama dan ada sedikit rasa ingin memiliki. Barulah berani kaki melangkah dan memberitahu "i love u". Tetapi hakikatnya, selalu bersama itu tanpa disedari memberi ruang untuk konflik yang kita sendiri tidak sangka topik konfliknya. Bila sudah bernikah, secara positif aku berfikir yang Allah akan lenyapkan ruang-ruang konflik dan lebih membuka jalan untuk membina kebahagiaan. InsyaAllah.

Tuesday, September 7, 2010

selesai sudah

Kerja-kerja mencatit di meja-meja bulat persidangan ketua-ketua masyarakat di Selangor sudahpun selesai dan berakhir di Majlis Perbandaran Kajang semalam. Tak pulak aku sangka Kajang mempunyai Majlis Perbandaran kedua terkaya selepas MBPJ. Yang Dipertua MPKj juga aku lihat penuh kredibiliti dan mempunyai skil berucap yang mantap. MPKj dalam usaha membangunkan Kajang 2 dilihat serius dan komited dengan rangka kerja mereka dan mengetengahkan unsur-unsur kehijauan dalam pembangunan termasuk cadangan penggunaan tenaga suria untuk jentera kecil.Bukan tenaga Pn. Suria.

Aku sedikit lega kerana tanggungjawab sudahpun selesai. Pengalaman cukup banyak dan menarik. Terasa dada sarat dengan hal ehwal semasa lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu kronik dalam setiap daerah.Secara peribadi, Selangor mempunyai tenaga dan modal insan yang sangat mudah untuk digilap. Tetapi dengan status negeri pembangkang terkaya, kaki dan tangan rakyat Selangor seperti dibelenggu. Tak mengapalah.Usahalah sehabis baik wahai saudara-saudaraku. Kita baru 53 tahun merdeka. Apa sahaja jatuh bangun kita masih boleh dianggap sebagai tempoh bertatih. Jika dikumpul segala pemimpin-pemimpin hebat dunia dan diletakkan di dalam bumi tanah jawi ini,aku yakin senarionya tetap sama.Fikir-fikirkan..

p/s:-aku kini sudah punya banyak masa untuk berangan-angan tentang pelamin,beli rumah,jaga anak dan diikatkan tali leher setiap kali keluar pergi kerja.Standard!

nota ringkas

Gua bukanlah anak Perdana Menteri dan Pak Menteri yang dijulang-julang rakan sebaya..
berpakaian mahal dan bermobil besar..
minum kopi hitam di Starbuck sambil menekan2 IPhone..mendabik dada yang mungkin kosong..

Gua jugak bukanlah anak Ketua Polis Negara yang boleh jadi kebal dengan undang-undang..

Gua juga bukan anak seorang Profesor mahupun Dekan universiti yang mudah mengenal ilmu-ilmu peringkat sarjana..

dan bukan jugak gua ini anak Pengarah Syarikat multi-juta yang menjadi kegilaan wanita dan calon cocok menantu kepada ibu-ibu mereka yang sibuk mengepalai NGO..

Tidak pulak gua ini anak seorang Artis Glamour yang sama2 menumpang populariti mak bapak gua dan menyelit2 dalam majalah hiburan..

Tapi entah kenapa gua rasa bangga jadi diri gua yang berbangsa Melayu Muslim yang diajar mak bapak untuk bersantun dan kenal asal gua..gua diajar makan menggunakan tangan kanan dan mengaji menggunakan lidi..secara tak formal gua terdedah dengan ilmu perubatan tradisional..dalam amalgamasi adat dan agama,gua bangga jadi unit bangsa yang terpanggil untuk mengekalkan jatidiri.

mungkin dengan aliran ini gua boleh jadi sama atau lebih hebat dari Bapak-Bapak dan Ibu-Ibu kepada anak-anak di atas..
Hang Tuah kata "Takkan Melayu hilang di dunia".HangPa pulak kata apa??

Sunday, September 5, 2010

KK?

Bukan Kuala Ketil, bukan Kuala Kedah, bukan juga Kota Kecil tetapi Kota Kinabalu. Hari ini aku ke Kota Kinabalu lagi. Sebelum ini aku ke sini menghantar sepupuku yang melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang perubatan. Aku beria-ia sangat nak melihat dia menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Karier sebagai seorang doktor ni kalau digalas dengan baik, ringgitnya menawan. Pahala berkapal-berkapal. Selain itu, aku memikirkan yang dia bakal mengubah nasib keluarganya yang selama ini agak kurang berkemampuan. Sememangnya konflik untuk dia ke sini sebelum ini kerana dia anak sulung. Ramai yang kurang senang untuk membiarkan seorang perempuan separa matang seperti dia berhijrah jauh ke negeri di bawah bayu. Bagi aku yang memandang mudah soal ini,aku berkeras ingin dia melanjutkan pelajaran ke sini. Beratus ribu lepasan SPM memohon jurusan perubatan dan dia terpilih. Kalaulah dia tolak tawaran gunung emas ini, aku rasa itu sesuatu yang kurang bijak dan pelik.

Hari ini aku ke sini lagi untuk menjemput dia pulang. Mak Lang ku tidak yakin untuk membenarkan dia pulang seorang diri dari UMS. Soal teksi,bas, itu dan ini, yang bakal memeningkan dan menyukarkan perjalanan balik. Jadi dihantarnya aku ke sini untuk menjadi pemudah cara. Aku ialah abang sepupu sulung yang sangat mengambil berat bukan saja soal pelajaran adik-adikku,tetapi juga sepupu sepapatku. Belah mak,mahupun belah bapak. Aku ke sini seorang diri. Menaiki penerbangan Air Asia yang memeningkan dengan seluar pendek dan selipar Crocs Danau Kota. Satu beg berisi laptop, pencuci muka dan towel ku galas kemas. Sampai di KK aku menghubungi temanku Rosbi yang rupanya sudah setengah jam menunggu dengan kereta Viva yang bakal ku sewa.

Santapan RajaGopal

Sekarang aku berada di Mc Donald berhampiran UMS melayari internet dan membuat rumusan perbincangan di Majlis Perbandaran Sepang dan Ampang Jaya. Memang mata mengantuk dan aku bakin aku boleh tidur bila-bila masa kerana seharian hari ini aku menjadi wireman di rumah. Aku tukar lampu mentol kepada kalimantang di belakang rumah, wiring semula fuse terbakar, pasang lampu kelip-kelip[tugas utama setelah ibuku bising lebih seminggu], dan juga membetulkan plug air-cond. Itulah untungnya ada anak lelaki[mak aku yang cakap!]. Walaupun aku boleh tidur di Tune Hotel,tapi setelah memikirkan itu tidak berbaloi, aku pon memilih untuk stay up. Boleh juga aku larikan budget hotel dengan membeli GCB dan Ayam Goreng McD! HAHAHAHAHA. Tapi mungkin sebentar lagi aku akan nap sebentar di dalam kereta. Penerbangan balik akan berlepas jam 10.55 pagi. Aku pasti kena pakai spek itam untuk menyimpan mata yang bakal bergelung hitam!

Saturday, September 4, 2010

sahur berPelita

Hari ini seperti tradisi biasa setiap tahun,aku akan bersahur di Pelita Jalan Ampang. Tahun lepas lebih 5 kali. Tapi tahun ini dengan Ramadhan berbaki seminggu,aku hanya baru pergi sekali. Mungkin kerana ramai ahli majlis sudahpun mempunyai isteri dan tanggungjawab berat yang lain. Aku sememangnya penggemar ayam kicap Restoran Pelita sejak dari zaman sekolah. Setiap Restoran Pelita yang aku jumpa serata Malaysia,menu ini tidak boleh aku ketepikan. Cubalah Justify Fullkalau-kalau belum pernah cuba. Sure kena kangkang punye.Hahahaha

Kali ini aku hanya ditemani Pojan,Mail,Joe dan Eli. Kamal dan Ajib yang sudah berumahtangga lebih selesa bersahur di rumah masing-masing. Almaklumlah.'Santapan' orang yang sudah berumahtangga ni lain sedikit.Hehehehe.

Mail,Eli Lancer dan Dr. Johari

Aku ke sini dengan membawa hati yang kurang selesa kerana ada sedikit perselisihan faham dengan Xera sebentar tadi. Aku gagal memahami dia dan dia yang sudah sedaya upaya memahami aku juga seakan gagal hanya kerana aku gemar bersosial dengan rakan-rakan. Tetapi bagaimanakah cara aku bersosial?? Sudah pasti aku memilih teh tarik dari Chivas.Sudah pasti juga aku gemarkan perbincangan ilmiah dari hanya berunsur seks dan politik murahan. Dan sudah pasti juga aku tidak akan menghabiskan not kertas di dalam wallet untuk membayar cover charge ke kelab-kelab malam. Cukuplah sekadar Ali 1 Bistro.

"Sahurlah walau dengan sebiji kurma"

satu malaysia dan sambal belacan

Idea untuk menyatupadukan kesemua kaum bukan sahaja MELAYU,CINA DAN INDIA di Malaysia bukanlah satu idea yang baru. Apa sahaja bentuk cadangan dan idea yang menjurus ke arah itu hanyalah berbentuk peringatan kepada semua rakyat yang sememangnya kita berkongsi dan menumpang hidup di tanah bertuah bernama Malaysia. Jika idea ini terlalu dipolitikkan kepada suatu pakatan parti sahaja, sudah pastinya ia nampak rapuh dan dianggap sesuatu yang jelek. Sepatutnya idea ataupun aku boleh panggil pendirian ini patut ada dalam setiap insan yang memegang status warganegara di Malaysia. Sebagai contoh, orang yang benar-benar mempunyai semangat sukan bolasepak dalam dirinya janganlah mudah dilabel sebagai kaki gila judi bola. Dua idea yang berbeza tetapi melibatkan satu asas yang sama iaitu judi bola. Bagi aku yang menyokong idea perpaduan, aku tidak suka jika dilabel pengampu ataupun pak turut dasar kerajaan. Bagi aku ia sesuatu yang berbentuk common sense yang patut disemai dalam setiap sanubari anak Malaysia.

Sememangnya aku mengerti benar tentang hak keistimewaan melayu dan beberapa hidden laws dalam kerajaan. Idea Satu Malaysia ini sememangnya kontradik dengan perlembagaan yang secara langsung mendukung hak keistimewaan kaum bumiputera. Tetapi adakah kerana alasan ini kita tidak mampu hidup aman walaupun majmuk. Aman yang aku maksudkan bukanlah sekadar Ahmad boleh makan Yong Tau Foo di Jalan Ampang ataupun Ah Meng boleh lepak sambil soru Nasi Lemak Kampung Baru. Tetapi ia lebih kepada kita berkongsi idea yang sama. Idea ekonomi yang sama. Idea memajukan institusi sosial yang sama. Perkembangan aspek spiritual juga boleh dikongsi bersama.

Melayu sendiri makin hilang adatnya.Sudah bertahun juga aku tidak melihat ah moi berCheong Sam. Tapi aku bernasib baik kerana tinggal di kawasan yang mempunyai kejiranan India dimana kadang-kadang dapat aku melihat mereka menyarung sari. Kita sememangnya boleh,dibenarkan dan digalakkan untuk mengayakan institusi budaya masyarakat masing-masing. Aku melihat itu sebagai warna warni Malaysia yang tiada di tempat lain. Buatlah sebanyak mungkin pengayaan dan preservation adat budaya kaum masing. Bukankah indah sekiranya kita sesama rakyat di Malaysia mengetahui budaya masyarakat lain. Janganlah kaum Cina dan India sahaja yang harus menghormati amalan puasa umat Islam dan sanggup minum menyorok-nyorok. Sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidakmenghormati adat dan ajaran agama, sibuk pula mengondem ajaran dan adat budaya masyarakat lain. Adat budaya dan ajaran agama adalah sesuatu yang dibentuk beratus tahun lamanya.Malahan beribu tahun. Tidak semudah itu untuk kita menolak peranan dua aspek tadi dalam membentuk masyarakat yang ada ketika ini.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku selama aku bergaul dengan berbagai kaum. Mereka seboleh-bolehnya cuba menghormati apa yang kita amalkan dalam masa yang sama menghormati juga hak keistimewaan melayu. Aku tersentuh apabila rakanku di Majlis Perbandaran Selayang yang berbangsa Cina meluangkan masa berbuka puasa bersama dan buat pertama kalinya mencuba sambal belacan,kuih koci dan juga buah langsat. Walaupun makan menggunakan sudu,kesanggupannya untuk mencuba sambal belacan bukan sesuatu yang mudah. Tidak pernah aku melihat dia minum di hadapan kaum muslim sehinggalah aku tersempak dengannya minum air di tangga. Thung memang aku hormat.

Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Selayang


Aku bukanlah ahli politik apatah lagi penggerak kaum belia. Aku cuma sayangkan tanah air dan yang paling penting aku mahu bangsa melayu masih wujud di muka bumi ini.Bukan sahaja wujud berambut perang dan berskirt pendek sepanjang masa. Tetapi wujud dengan amalan budaya yang telah sama-sama kita ketepikan. Salam Dunia.



Wednesday, September 1, 2010

cerita seminggu part ii

Tak perlulah aku menyelitkan unsur-unsur intermission dalam part ii ini kerana aku bukan hendak menulis kisah tragis cinta tiga segi ataupun konflik keluarga. Setelah habis 4 hari dirompak tibalah hari ke-5 minggu itu yang juga sarat dengan aktiviti yang membataskan pergerakan aku.Ikuti kisahnya..

Hari Kelima
Seawal waktu sahur lagi ibuku seudah berpesan yang sesungguhnya hari ini merupakan hari mengemas rumah dari depan sampai ke belakang. Memikirkan itu aku sudah terfikir yang mental dan fizikalku masih belum fit untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Disebabkan tidak mahu dilabel derhaka ku turutkan juga. Namun kerja-kerja mencantas dahan pokok, menebas semak dan touch-up cat masih belum mampu untuk aku lakukan kerana dibatasi masalah stamina kurang tenaga batin. Ada satu bilik di dalam rumahku yang sudah secara tidak sengaja beroperasi menjadi stor. Keadaannya memang dahsyat. Sudah 4 plastik besar aku sumbatkan barang-barang yang tidak terpakai,masih belum nampak susutnya di dalam bilik ini. Memang seperti inventori kerajaan persekutuan dan arkib. Banyak gambar lama,permainan zaman mumaiyyiz,design-design batik arwah ayah dan juga file-file berkaitan urustadbir rumah. Jika dilihat di dalam gambar di atas,aku terpaksa melakukan 2 trips pembuangan sampah. Antara barang berharga yang ada dalam timbunan sampah itu ialah Laptop lama dan 2 kamera lama. Kalau larat,pergilah repair!

Hari Keenam

Hari keenam ni pulak aku lebih fokus terhadap rakan-rakan di sekitar rumah yang sewaktu kecil bertukar-tukar komik Dragon Ball dan juga Pendekar Laut. Kawan-kawan ini jugalah yang secara tidak sengaja memporak perandakan keamanan kampung dengan membawa ideologi hip-hop yang keterlaluan ketika itu. Aku bangkit je dari tidur,mereka sudah ajak pergi bershopping di sekitar Metro Kajang dan Alamanda. Aku agak sedikit malas kerana mereka kebanyakkannya sudah BERKAHWIN atau sekurang-kurangnya BERTUNANG. Selain daripada itu,aku seorang sahaja yang berdompet nipis.Mereka semua tebal-tebal belaka.Untuk pengetahuan, aku saja yang masih belum menerjah alam-alam yang ku sebutkan tadi. Ajib dan isterinya Yatie,Kamal dan isterinya Kayla, Mail dan tunangnya Iffa, Yus dan tunangnya,Ismie dan isterinya Ainul..Oh tidak! Ismie dan Yus terpaksa cancel di saat2 akhir atas urusan rumahtangga.Ish..leceh tul laa..Kami kemudiannya berbuka puasa di Po' Sen Kajang. Best!! Restoran ini dipagari tumbuh-tumbuhan yang menyejukkan mata dan dekorasinya seperti istana lama dan dihiburkan pula dengan muzik-muzik gamelan melayu yang menghidupkan suasana. RM 20 sahaja harga buffet sudah cukup buat aku tersenyum hari ini.Puas!

Hari Penutup
Aku menutup tirai minggu itu dengan rasa puas maksima. Aku,Ghafur,Aiman,Ihsan dan Dr. Ijat sudahpun bercadang mau berbuka puasa di Hotel Equatorial Bangi. Sudah menjadi resam agaknya bagi Tuan Ghafur yang bergelar Software Engineer dan juga Aiman yang bergelar Pilot untuk berbuka puasa di hotel yang tarafnya paling kurang 5 bintang. Tahun ini ditambah pula dengan kehadiran Dr. Ijat yang sudahpun berkerjaya. Bukan 5 bintang itu isunya. Ukhuwah 5 sahabat dari Bangi ini yang perlu dijaga. Banyak juga makanan yang menerjah masuk ke segenap pelusuk abomasumku. Dim sum,roast lamb,ostrich rosemary,tempura2,char kuey tiow,vadai,murtabak,pultu panggang,carbonara,lasagna dan bermacam-macam lagi. Sehingga terdetik di hatiku, jika Rasulullah masih ada di zaman ini,mungkin acara buffet makanan ini tidak akan digalakkan kerana hampir kesemua yang berbuffet tersandar di kerusi sehingga jam 10! Aktiviti selepas itu yang membuatkan aku gembira hingga ke hari ini. Kami berterawih dengan setiap satu solat diimamkan oleh setiap seorang dari kami. Name pon Maahad Hamidiah.Takkan imam solat pun kantoi. Ghafur dengan tarannum yang agak strict dan mempunyai ciri-ciri yang diceduk dari imam Mekah.Aku bernada sedih dalam bacaan tarannum rekaan sendiri. Ihsan pula dengan gaya bacaan sufi yang bersahaja. Aiman yang sememangnya bekas ahli Mirwana mendendangkan tarannum yang tersangat merdu. Dr. Ijat yang risau dengan kehabisan surah akhirnya membawa surah Al-'Adiyat dan Ad-Duha sebagai penutup. Manis betul kenangan malam itu. Semanis sirap bandung dan tebu mesin di Equatorial!Terima kasih Al-Fadhil Abdul Ghafur!

Seminggu.Habis.Tunggu lagi seminggu dan seminggu selepas itu.Barulah aku boleh sarung baju melayu kelabu dan songket baru!