Wednesday, September 8, 2010

terakhir buat tahun ini

Walaupun hidup berkasih itu indah,tetapi hendak sentiasa bersama itu bukanlah definisi cinta atau kayu pengukur kestabilan sesuatu perhubungan. Sudah lebih 5 tahun aku bersama dia namun hubungan aku tidak dibaja dengan perjumpaan yang lebih dikenali sebagai 'dating' dalam istilah bercinta. Aku mempunyai persepsi sendiri tentang 'dating' yang berlebihan. Selain dari itu, aku sememangnya sibuk dan dia juga sudah berkarier. Aku daif dan tidak punya kereta untuk selalu keluar bersama. Aku pokai dan tidak sanggup keluar kalau asyik dibelanja. Aku punya tanggungjawab sebagai anak,abang,kawan,sahabat dan jiran yang mungkin belum terlaksana dengan sempurna. Ditanya semua perempuan apa yang hebatnya tentang selalu berdating. 1001 jawapan akan keluar menyatakan positifnya aktiviti itu. Persepsi masing-masing berbeza. Aku kenal diri aku. Hanya ikatan pernikahan sahaja yang bisa menjadi jawapan konflik aku dan dia selama ini.

Sebelum berbuka rasa mau baham semua!

Hari ini hari ke-3 aku berbuka puasa bersama Xera. Disebabkan kapasiti perutnya yang kecil,aku tidak langsung bercadang untuk berbuka puasa secara buffet. Maka aku terus ke Yankies Hut Bangi yang satu masa dulu top dengan talapia bakar dan cendawan gorengnya. Aku gembira kerana dapat berjumpa. Ikhlas sewaktu melangkah kaki keluar rumah. Hilang segala lelah bila menatap wajah. Kualiti itu ada dalam pertemuan. Bukan pertemuan klisye uda dan dara yang sibuk berpegang tangan dan buat-buat manja. Plastik.

Berbicara soal romantik??Gua tak romatik??Hahahaha.Gua memang rocker kental. Bagi bunga,bikin lagu, nyanyi di telefon,makan bersuap,payungkan kekasih, buat kejutan harijadi dan bermacam-macam mimpi indah seorang dara terhadap terunanya. Cubalah tanya apa yang gua bikin untuk dia.Senarai di atas??KHATAM!
Si jelita dan Si Mat Rock

Secara asasnya hubungan cinta itu dipupuk dengan rasa selalu ingin bersama dan ada sedikit rasa ingin memiliki. Barulah berani kaki melangkah dan memberitahu "i love u". Tetapi hakikatnya, selalu bersama itu tanpa disedari memberi ruang untuk konflik yang kita sendiri tidak sangka topik konfliknya. Bila sudah bernikah, secara positif aku berfikir yang Allah akan lenyapkan ruang-ruang konflik dan lebih membuka jalan untuk membina kebahagiaan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment