Wednesday, September 1, 2010

cerita seminggu part ii

Tak perlulah aku menyelitkan unsur-unsur intermission dalam part ii ini kerana aku bukan hendak menulis kisah tragis cinta tiga segi ataupun konflik keluarga. Setelah habis 4 hari dirompak tibalah hari ke-5 minggu itu yang juga sarat dengan aktiviti yang membataskan pergerakan aku.Ikuti kisahnya..

Hari Kelima
Seawal waktu sahur lagi ibuku seudah berpesan yang sesungguhnya hari ini merupakan hari mengemas rumah dari depan sampai ke belakang. Memikirkan itu aku sudah terfikir yang mental dan fizikalku masih belum fit untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Disebabkan tidak mahu dilabel derhaka ku turutkan juga. Namun kerja-kerja mencantas dahan pokok, menebas semak dan touch-up cat masih belum mampu untuk aku lakukan kerana dibatasi masalah stamina kurang tenaga batin. Ada satu bilik di dalam rumahku yang sudah secara tidak sengaja beroperasi menjadi stor. Keadaannya memang dahsyat. Sudah 4 plastik besar aku sumbatkan barang-barang yang tidak terpakai,masih belum nampak susutnya di dalam bilik ini. Memang seperti inventori kerajaan persekutuan dan arkib. Banyak gambar lama,permainan zaman mumaiyyiz,design-design batik arwah ayah dan juga file-file berkaitan urustadbir rumah. Jika dilihat di dalam gambar di atas,aku terpaksa melakukan 2 trips pembuangan sampah. Antara barang berharga yang ada dalam timbunan sampah itu ialah Laptop lama dan 2 kamera lama. Kalau larat,pergilah repair!

Hari Keenam

Hari keenam ni pulak aku lebih fokus terhadap rakan-rakan di sekitar rumah yang sewaktu kecil bertukar-tukar komik Dragon Ball dan juga Pendekar Laut. Kawan-kawan ini jugalah yang secara tidak sengaja memporak perandakan keamanan kampung dengan membawa ideologi hip-hop yang keterlaluan ketika itu. Aku bangkit je dari tidur,mereka sudah ajak pergi bershopping di sekitar Metro Kajang dan Alamanda. Aku agak sedikit malas kerana mereka kebanyakkannya sudah BERKAHWIN atau sekurang-kurangnya BERTUNANG. Selain daripada itu,aku seorang sahaja yang berdompet nipis.Mereka semua tebal-tebal belaka.Untuk pengetahuan, aku saja yang masih belum menerjah alam-alam yang ku sebutkan tadi. Ajib dan isterinya Yatie,Kamal dan isterinya Kayla, Mail dan tunangnya Iffa, Yus dan tunangnya,Ismie dan isterinya Ainul..Oh tidak! Ismie dan Yus terpaksa cancel di saat2 akhir atas urusan rumahtangga.Ish..leceh tul laa..Kami kemudiannya berbuka puasa di Po' Sen Kajang. Best!! Restoran ini dipagari tumbuh-tumbuhan yang menyejukkan mata dan dekorasinya seperti istana lama dan dihiburkan pula dengan muzik-muzik gamelan melayu yang menghidupkan suasana. RM 20 sahaja harga buffet sudah cukup buat aku tersenyum hari ini.Puas!

Hari Penutup
Aku menutup tirai minggu itu dengan rasa puas maksima. Aku,Ghafur,Aiman,Ihsan dan Dr. Ijat sudahpun bercadang mau berbuka puasa di Hotel Equatorial Bangi. Sudah menjadi resam agaknya bagi Tuan Ghafur yang bergelar Software Engineer dan juga Aiman yang bergelar Pilot untuk berbuka puasa di hotel yang tarafnya paling kurang 5 bintang. Tahun ini ditambah pula dengan kehadiran Dr. Ijat yang sudahpun berkerjaya. Bukan 5 bintang itu isunya. Ukhuwah 5 sahabat dari Bangi ini yang perlu dijaga. Banyak juga makanan yang menerjah masuk ke segenap pelusuk abomasumku. Dim sum,roast lamb,ostrich rosemary,tempura2,char kuey tiow,vadai,murtabak,pultu panggang,carbonara,lasagna dan bermacam-macam lagi. Sehingga terdetik di hatiku, jika Rasulullah masih ada di zaman ini,mungkin acara buffet makanan ini tidak akan digalakkan kerana hampir kesemua yang berbuffet tersandar di kerusi sehingga jam 10! Aktiviti selepas itu yang membuatkan aku gembira hingga ke hari ini. Kami berterawih dengan setiap satu solat diimamkan oleh setiap seorang dari kami. Name pon Maahad Hamidiah.Takkan imam solat pun kantoi. Ghafur dengan tarannum yang agak strict dan mempunyai ciri-ciri yang diceduk dari imam Mekah.Aku bernada sedih dalam bacaan tarannum rekaan sendiri. Ihsan pula dengan gaya bacaan sufi yang bersahaja. Aiman yang sememangnya bekas ahli Mirwana mendendangkan tarannum yang tersangat merdu. Dr. Ijat yang risau dengan kehabisan surah akhirnya membawa surah Al-'Adiyat dan Ad-Duha sebagai penutup. Manis betul kenangan malam itu. Semanis sirap bandung dan tebu mesin di Equatorial!Terima kasih Al-Fadhil Abdul Ghafur!

Seminggu.Habis.Tunggu lagi seminggu dan seminggu selepas itu.Barulah aku boleh sarung baju melayu kelabu dan songket baru!

No comments:

Post a Comment