Monday, August 30, 2010

cerita seminggu part i

Terasa lama jari-jemari dibelenggu kesibukan kerja dan tanggungjawab lain..sehinggakan papan buruk ini lengang tanpa sebarang berita..maka dgn itu suka aku untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang seminggu aku tidak mengarang.bukanlah aku pergi umrah mahupun berhijrah ke luar negara..

Hari Pertama

Melihat pada gambar diatas,mungkin ramai yang sudah tahu dimana lokasinya..Inilah pandangan dari Putrajaya International Convention Center (PICC).Bukan New York apatah lagi Washington DC. Aku ke sini untuk bersama-sama rakan-rakan rumah seperti Mail,Ajib dan Kamal. Semua dengan bini tetapi gua sorang ja single :) Tujuan aku ke sini bukanlah menghadiri sessi perbincangan meja bulat tetapi kerana ada sale Metrojaya yang hebat. Sesudah dua hari berturut2 aku disini,berjaya juga Metrojaya merampok RM300 duit aku. Tetapi jangan tidak percaya. Dengan jumlah wang sebanyak itu aku mampu memiliki seutas tali pinggang John Langford,3 helai kemeja Alain Delon, 2 helai seluar D'urban dan juga 3 helai stokin Larrie.PUAS!

Hari Kedua

Sebelum berbagai spekulasi menerjah ruang ini,ingin aku nyatakan di sini yang sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan saudara yang tidak berambut dalam gambar di atas. Aku ketika ini sedang menjalankan tugas sebagai seorang rapportuer yang mencatit segala isi perbincangan meja bulat berkenaan Projek Blueprint Selangor 2011-2013 yang pada ketika ini Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai tuan rumah. Secara peribadi aku meminati tugas aku kerana aku dapat bergaul dengan berbagai-bagai ragam manusia yang berbeza kaum,pandangan politik dan DEMAND! Kebetulan Yang Berhormat kawasan ini yang berbangsa Cina menaja Majlis Berbuka Puasa pada hari itu..Selamat duit belanja aku.Terima Kasih YB!

Hari Ketiga
Rasanya ini kisah paling lawak dalam sejarah kehidupan aku.Aku dan pasar borong sememangnya bukan gandingan ideal. Pada suatu hari adikku mendapat tempahan makan untuk 23 orang pelajar kursus berbangsa Cina dan sudah pasti mereka tidak berpuasa. Jadi, makan pagi,tengahari dan makan malam peruntukannya RM20 satu kepala. Puas adik aku memujuk agar emak dapat menyediakan makanan2 tersebut. Tetapi mungkin kerana terlalu fokus dengan projek kuih raya,emak enggan untuk memberi kerjasama. Sedikit konflik kecil pon tercetus kerana adikku sudah berjanji dengan ofismatenya. Sebagai seorang abang aku merelakan diriku membawanya ke pasar borong di subuh2 hari setelah menu-menu disetup oleh adikku. Udang,ayam,ikan,buncis,daun kunyit,santan,epal dan macam2 lagi aku borong. Disebabkan aku pergi sebelum habis waktu sahur,tangan kananku sentiasa saja menggenggam erat botol air untuk diminum sambil bershopping ikan dan sayur. Alhamdulillah. Walaupun tanpa bantuan emak yang sememangnya expert dalam hal ini, gabungan mantap adik aku,aku dan Mak Long telah berjaya merealisasikan segalanya. Ini kesah bidan terjun tingkat 3!

Hari Keempat

Bukan saja nampak macam sedap tetapi memang sedap tahap dewa! Inilah salah satu kedai seafood di Kuala Selangor yang diberi nama Aroma kalau tak silap. Bukanlah aku ke sini semata-mata untuk melantak seafood ni. Tetapi pada awalnya atas urusan kerja rapporteur yang kali ini bertempat di Daerah Kuala Selangor. Kebetulan rakanku Mail bekerja di stesen Mardi Tanjung Karang. Aku dan Ihsan yang pada mulanya menumpang kereta orang sudah tukar plan mau balik sama Mail. Kami pon plan mau berbuka di sekitar Kuala Selangor. Walaupun terpaksa menolak belanja dari YDP untuk buka puasa bersama, tapi ke sini bersama Mail yang baru dapat bonus raya lebih besar maknanya. Mail sudah open table satu kali! Siakap tiga rasa,sotong goreng tepung,pari bakar,kerang bakar,sayur kailan dan telur goreng. Semuanya hanya RM70! alhamdulillah..kenyang dan berbaloi.Aku seakan sudah tertambat hati dengan Kuala Selangor berbanding Bagan Lalang. Mungkin angin tempat baru..

Bersambung.......


Wednesday, August 25, 2010

biar letih

Hari ini tidak dapat aku sangkal dan nafi lagi, paras penggunaan tenaga berada di tahap maksimum di mana aku terpaksa travel ke Hulu Selangor dari Bangi pada jam 12 tengahari! Sumpah hari ni panas dan shade aku pulak hilang. Jadi mata menyepet sepanjang perjalanan yang aku kira sampai juga 2 marhalah.Kawasan Hulu Selangor.Dilihat sekali seperti tinggalan perang dan adakala seperti padang jarak padang tekukur. Ku gagahkan jua semangat untuk bekerja sambilan menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Aku ditugaskan untuk mencatit setiap pandangan ketua-ketua masyarkat,ketua-ketua industri, orang-orang berpengaruh dan berkuasa di sekitar Hulu Selangor. Segala maklumat diperlukan untuk Projek Selangor Blueprint 2011-2013 yang bakal mengutarakan dan memberi fokus terhadap masalah-masalah kronik yang berbangkit sekitar negeri Selangor. Masalah-masalah dan idea mereka akan cuba diselesaikan mahupun direalisasikan dalam pelan jangka pendek negeri Selangor.Betul-betul aku rasakan diri seperti Pegawai Kerajaan N41 ataupun M41 kerana topik perbualan aku hari ini bersama kenalan baru tak langsung menyimpang sebaliknya khusus terhadap pembangunan negeri dan sosial masyarakat setempat.Hebat-hebat rupanya pekerja-pekerja sambilan Merdeka Center.Ilmu penuh di dada!hahaha

Apa yang positif secara peribadi hari ini, aku mengenali masyarakat Cina dan India dengan lebih mendalam. Dari sekecil-kecil adat sehinggalah ke pengstrukturan masyarakat dan masalah dalaman melibatkan status wujud mereka di Malaysia. Aku tertarik apabila 12 panel di atas meja ditanyakan soalan bagaimana cara yang realistik untuk mengatasi masalah sosial, ada seorang Cina bangkit dan menyuarakan peranan agama dan perlunya penekanan dari aspek tersebut dalam pembangunan sosial.Tergamam! Bukan dari orang melayu..

Biarpun letih, aku puas dengan apa yang aku lakukan hari ini. Walaupun sebenarnya ia mengundang kepada beberapa masalah peribadi. Aku bila sudah fana dengan kerja, yang lain aku tinggalkan. Contohnya memberi mesej dan membuat panggilan. Maaf. Bukan apa.Aku sendiri tercari-cari siapa diri aku sebenarnya. Terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab perlu diselesaikan. Sekiranya kau tercipta untukku,fahamilah aku yang sentiasa berlaku songsang.

Tuesday, August 24, 2010

Rapporteur??Kejadah apa??

Mula-mula aku sendiri agak asing dengan perkataan yang menjadi tajuk post kali ini. Kejadah apekah rapporteur itu??Aku hanya tau sebutannya "repotua" kerana kerap keluar dari mulut sahabatku Ihsan. Selain menjadi penyelia banci bahagian Bangi, sahabatku yang memiliki Degree in Mechanical Engineering ini juga menjadi Rapporteur kepada Merdeka Center secara sambilan. Bayarannya agak memuaskan dengan hanya bekerja sebagai pencatit pandangan dan respons dari responden dalam seminar2 tertentu. Aku berminat sangat dengan kerja sebegini. Bukanlah kerana aku minat mencatit tetapi berada di dalam persekitaran yang membincangkan isu semasa, ekonomi,sosial, infrastruktur, agama dan mungkin sedikit politik. Merdeka Center telah dilantik oleh kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan maklumat dari peserta-peserta yang rata2 adalah ketua2 dalam sesuatu masyarakat. Antara maklumat yang diperlukan ialah mengenai infrastruktur, masalah2 yang berkaitan dan pandangan terhadap pelan jangka pendek negeri Selangor.

Walaupun sebenarnya aku lebih berminat untuk menjadi moderator, tetapi kekosongan nampaknya hanya pada jawatan rapporteur. Tak mengapalah. Yang penting sedikit sebanyak aku dapat menceduk dan analisa pandangan masyarakat dan sedikit sebanyak juga dapat aku melihat paradigma masyarakat sekitar Selangor. Mungkinkah minda mereka sudah seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi yang berlaku semenjak 10-15 tahun lepas? Semua itu akan terjawab esok. Tak sabar mahu sarung kemeja dan seluar licin untuk mencatit! Hohohoho

Monday, August 23, 2010

akhir minggu

Hari ni sudahpun hari Ahad.Penghujung kepada minggu ini. Bagi yang bekerja mungkin rasa sedikit malas untuk bangun seawal pagi,menggosok pakaian,meredah kesesakan dan melakukan aktiviti pekerjaan mereka. Bagi aku seorang penganggur dan akur dengan sistem org bekerjaya,aku sedikit sedih kerana rakan-rakan teh akan berkurang. Mungkin hanya aku dan Ihsan sahaja yang tinggal. Itupun kalo die tak sibuk menyelia banci negeri Selangor.

Tapi begitulah kehidupan di alam nyata yang mana masa berjalan,berlari,bergulir tanpa menunggu. Time waits for no man kata Mat Saleh. Dari tingkatan satu aku bersama Mail,Kamal,Ajib,Arwah Zahrul,Ihsan dan yang lain sudah mula sebati dengan aktiviti minum malam. Dan bila ia bukan lagi rutin kerana dibatasi status perkahwinan dan status kerjaya, aku jadi sedikit kekok. Tapi takpe. Aku cukup matang untuk merelakan keadaan itu.

Awek aku agak sukar memahami cara hidup aku dgn kawan2. Tetapi aku yakin dalam hati dia sentiasa saja berdoa untuk menjadi org yang paling paham dan sentiasa bersama aku. Aku ini terlalu byk tggjawab. Anak,abang,kekasih,sahabat,kawan dan kadang2 jiran. Semua tanggungjawab tu cuba aku galas sebaik mungkin dan kalau boleh semua pihak berpuas hati.

Tadi aku ke PICC lagi dengan membawa sejumlah wang yang dipinjam dari mak. Mak kata jangan lupa bayar balik lepas kerja. HAHAHAHAHA..aku habiskan RM300 beli kemeja, seluar slack, tali pinggang dan stokin di Metrojaya Sale. Dan aku klassifikasikan pembelian aku sebagai bijak kerana aku dapat 3 kemeja, 2 seluar, 1 tali pinggang kulit dan 3 stokin. Alhamdulillah. Rezeki pinjam. Untung sabut timbul,untuk batu tenggelam. Untung juga.

Esok hari Isnin. Aku bermohon kepada Rabbi supaya dicekalkan hati dan dikuatkan semangat untuk aku berterawih di masjid. Entah kenapa rutin dan keindahan berterawih semakin pudar dalam jiwa. Mungkin juga psikologi dan fizikal aku ada sedikit gangguan. Hambamu ini rindu kemanisan itu. Tapi entah kenapa sinarnya malap tak subur seperti dulu. DAMN!


Sunday, August 22, 2010

kemaskini

Salam dunia..ada org sedang sibuk mencari tailor..ada yang sibuk mengemas rumah menjelang Aidilfitri..tak kurang juga dengan isi rumahku sendiri yang sudah berminggu2 berbau ramuan2 kek dan kuih. Almaklumlah mak aku memang sibuk setiap kali musim perayaan kerana menerima tempahan membuat kuih.

Sudah 2 minggu aku tinggalkan UIA namun rasa rindu pada warganya masih belum luntur meskipun di rumah aku penuh hilai tawa rakan2 rapat. Mungkin aku terlalu lama di UIA sehinggakan ada rakan2 di rumah kerap memerli aku dengan mengatakan aku mengaji di timur tengah. Tak kesahlah. Seawal Ramadhan aku diuji dengan satu bentuk demam yang boleh aku kategorikan sebagai terteruk dalam sejarah hidup aku. Aktiviti terawih tergendala sebentar. Aku seperti bangkai bernyawa di rumah. Tetapi aktiviti minum teh tiap2 malam terus berjalan seperti sebelum2 nih. Ali 1 Bistro Precint 14 jadi tempat diskusi segalam macam hal politik,sosial, agama mahupun hala tuju hidup aku dan rakan2. Bangga aku katakan, saat aku berlabuh di meja Ali 1 Bistro, segala macam kemurungan dan masalah lenyap bersama tegukan2 teh dan kdg2 kopi. Ini membuatkan aku punya ubat sementara dan lupakan berbagai2 bentuk masalah peribadi mahupun konflik dalaman.Itulah sedikit sebanyak aktiviti aku sepanjang Ramadhan.

Sesuai dengan tajuk post kali ini,aku berharap dapat menulis setiap hari. Bukan untuk jadi tatapan umum. Cukuplah sebagai satu diari elektronik yang mungkin buat aku tersenyum setiap kali aku menjengah tingkapnya. Sekian