Wednesday, August 25, 2010

biar letih

Hari ini tidak dapat aku sangkal dan nafi lagi, paras penggunaan tenaga berada di tahap maksimum di mana aku terpaksa travel ke Hulu Selangor dari Bangi pada jam 12 tengahari! Sumpah hari ni panas dan shade aku pulak hilang. Jadi mata menyepet sepanjang perjalanan yang aku kira sampai juga 2 marhalah.Kawasan Hulu Selangor.Dilihat sekali seperti tinggalan perang dan adakala seperti padang jarak padang tekukur. Ku gagahkan jua semangat untuk bekerja sambilan menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Aku ditugaskan untuk mencatit setiap pandangan ketua-ketua masyarkat,ketua-ketua industri, orang-orang berpengaruh dan berkuasa di sekitar Hulu Selangor. Segala maklumat diperlukan untuk Projek Selangor Blueprint 2011-2013 yang bakal mengutarakan dan memberi fokus terhadap masalah-masalah kronik yang berbangkit sekitar negeri Selangor. Masalah-masalah dan idea mereka akan cuba diselesaikan mahupun direalisasikan dalam pelan jangka pendek negeri Selangor.Betul-betul aku rasakan diri seperti Pegawai Kerajaan N41 ataupun M41 kerana topik perbualan aku hari ini bersama kenalan baru tak langsung menyimpang sebaliknya khusus terhadap pembangunan negeri dan sosial masyarakat setempat.Hebat-hebat rupanya pekerja-pekerja sambilan Merdeka Center.Ilmu penuh di dada!hahaha

Apa yang positif secara peribadi hari ini, aku mengenali masyarakat Cina dan India dengan lebih mendalam. Dari sekecil-kecil adat sehinggalah ke pengstrukturan masyarakat dan masalah dalaman melibatkan status wujud mereka di Malaysia. Aku tertarik apabila 12 panel di atas meja ditanyakan soalan bagaimana cara yang realistik untuk mengatasi masalah sosial, ada seorang Cina bangkit dan menyuarakan peranan agama dan perlunya penekanan dari aspek tersebut dalam pembangunan sosial.Tergamam! Bukan dari orang melayu..

Biarpun letih, aku puas dengan apa yang aku lakukan hari ini. Walaupun sebenarnya ia mengundang kepada beberapa masalah peribadi. Aku bila sudah fana dengan kerja, yang lain aku tinggalkan. Contohnya memberi mesej dan membuat panggilan. Maaf. Bukan apa.Aku sendiri tercari-cari siapa diri aku sebenarnya. Terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab perlu diselesaikan. Sekiranya kau tercipta untukku,fahamilah aku yang sentiasa berlaku songsang.

No comments:

Post a Comment