Monday, August 23, 2010

akhir minggu

Hari ni sudahpun hari Ahad.Penghujung kepada minggu ini. Bagi yang bekerja mungkin rasa sedikit malas untuk bangun seawal pagi,menggosok pakaian,meredah kesesakan dan melakukan aktiviti pekerjaan mereka. Bagi aku seorang penganggur dan akur dengan sistem org bekerjaya,aku sedikit sedih kerana rakan-rakan teh akan berkurang. Mungkin hanya aku dan Ihsan sahaja yang tinggal. Itupun kalo die tak sibuk menyelia banci negeri Selangor.

Tapi begitulah kehidupan di alam nyata yang mana masa berjalan,berlari,bergulir tanpa menunggu. Time waits for no man kata Mat Saleh. Dari tingkatan satu aku bersama Mail,Kamal,Ajib,Arwah Zahrul,Ihsan dan yang lain sudah mula sebati dengan aktiviti minum malam. Dan bila ia bukan lagi rutin kerana dibatasi status perkahwinan dan status kerjaya, aku jadi sedikit kekok. Tapi takpe. Aku cukup matang untuk merelakan keadaan itu.

Awek aku agak sukar memahami cara hidup aku dgn kawan2. Tetapi aku yakin dalam hati dia sentiasa saja berdoa untuk menjadi org yang paling paham dan sentiasa bersama aku. Aku ini terlalu byk tggjawab. Anak,abang,kekasih,sahabat,kawan dan kadang2 jiran. Semua tanggungjawab tu cuba aku galas sebaik mungkin dan kalau boleh semua pihak berpuas hati.

Tadi aku ke PICC lagi dengan membawa sejumlah wang yang dipinjam dari mak. Mak kata jangan lupa bayar balik lepas kerja. HAHAHAHAHA..aku habiskan RM300 beli kemeja, seluar slack, tali pinggang dan stokin di Metrojaya Sale. Dan aku klassifikasikan pembelian aku sebagai bijak kerana aku dapat 3 kemeja, 2 seluar, 1 tali pinggang kulit dan 3 stokin. Alhamdulillah. Rezeki pinjam. Untung sabut timbul,untuk batu tenggelam. Untung juga.

Esok hari Isnin. Aku bermohon kepada Rabbi supaya dicekalkan hati dan dikuatkan semangat untuk aku berterawih di masjid. Entah kenapa rutin dan keindahan berterawih semakin pudar dalam jiwa. Mungkin juga psikologi dan fizikal aku ada sedikit gangguan. Hambamu ini rindu kemanisan itu. Tapi entah kenapa sinarnya malap tak subur seperti dulu. DAMN!


No comments:

Post a Comment