Tuesday, September 14, 2010

video klip raya

Telah dirakamkan di Precint 14 pada pagi 1 Syawal.Setelah amalan memberi kad raya sudah semakin pupus dan dengan hanya menge'tag' gambar di FB aku rasa kurang cukup untuk mengubati syoknya menerima kad raya. Langsung aku berhajat untuk terus mengekalkan tradisi menghiburkan rakan-rakan sambil merapatkan ukhuwah.

Lead:Ajib
Rhythm:Kamal

Salam Dunia - Sangga Buana

Sunday, September 12, 2010

pejam celik

Bak kate orang-orang tua yang belum nyanyuk seperti atok aku "Pejam celik-pejam celik,dah dua hari raya".Aku pun merasakan masa terlalu pantas berputar.Ramadhan pergi pon begitu cepat tatkala aku sendiri mencari-cari ruang beribadat dan mengenal Ramadhan di saat-saat akhir. Seperti komentar rakan-rakan yang lain,aku juga kurang merasakan kemeriahan Syawal. Mungkin benar kata orang kemeriahan itu milik kanak-kanak.

Aku tiba di Masjid Uniten sekitar jam 8.30 pagi dan kedengaran Al-Fatihah sudah mula dibaca. Termengah-mengah aku mengangkat takbir.Selesai solat, aku ke Precint 14 untuk melakukan sessi penggambaran video eksklusif hari raya.Sampai hari ini aku sendiri tak dapat melihat video tersebut. Tanpa berlengah aku terus ke Tanah Perkuburan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda untuk menziarahi pusara ayahku. Sayu hati melihat ibuku menangis tanpa ku ketahui apa yang bermain di fikirannya. Merah tanah kubur disirami air dan aku berlalu sambil mengenang beberapa perkara.

Aku kemudiannya terus ke rumah bapa saudara yang tertua dalam famili aku. Beliau merupakan ketua kampung di situ dan tidak dapat tidak terpaksa melayan rombongan warga kampung seawal pagi raya. Sesudah selesai santap lauk pauk raya yang standard, aku dan famili terus ke Putrajaya untuk mengambil barang dari rakanku dan seterusnya ke Pullman untuk bergambar. Tak sangka penuh juga tempat ini. Tak kurang 10 famili yang bergambar di tempat yang sama.AKu pun melayan karenah adik-beradikku yang teruja untuk bergambar. Masuk waktu Zuhur aku terus ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama Perdana Menteri. Aku haram tak nampak kelibatnya kerana aku jauh di belakang. Tak sempat bersalam pun.

Dengan mata separuh terbuka aku gagahkan diri ke Batu 5 Bangi,iaitu kampungku. Walaupun atuk sudah tiada dan nenek teruk dihentam strok,aku masih merasakan aku perlu ke sana tiap-tiap tahun sampai mati. Inilah tempat aku bermain dan mengenal dunia sewaktu kecil selain dari Bandar Kuala Lumpur. Ramai pakcik-pakcikku yang tidak beraya disini pada tahun ini kerana beraya di rumah mentua.13 orang adik beradik ayahku. Bila ramai tak pulang,rasa kosong.Tapi rendang ku bedal jua.Walaupun kapasiti perut sudah melebihi Factor of safety yang dibenarkan.

Aku yang akur tak dapat duit raya dari ibuku

Mata semakin mengantuk.Sampin masih terikat kemas.Songkok masih di kepala. Aku fikir aku orang melayu.Ini persiapanku.Menziarahi keluarga tuntutan agamaku.Aku teruskan perjalanan ke Wangsa Maju,Kuala Lumpur iaitu rumah atuk dan nenek sebelah mak. Sebagai cucu yang paling sulung dan paling manja,ini saat yang ku nanti untuk bertemu atuk dan menyedut asap bersama.HAHAHAHAHA.Dan kini aku masih disini sampai hari raya ke-4 kerana banyak rumah saudara mara yang hendak dikunjungi. Aku mengikut saja.Aku akan terus beraya dengan baju melayu dan songkok. Kerana kalau bukan aku,siapa lagi mau sarung persalinan itu?Ah Chong?Ramasamy?Kuldeep?atau Kitingan?

Thursday, September 9, 2010

Jika Kau Masih Ada Untukku

Aku bukan pendeta, rang kaya seribu bahasa

Bukan juga sarjana sarat ilmu di dada

Apatah lagi sang muktabar yang fasih kitab sempurna

Tapi hadirmu yang singkat ku rasa

Tak sajak kata dengan rahmat yang kau bawa

Tak padan rasa dengan sinar yang ada bersama

Kecewa membelit raga

Hampa dengan kudrat yang ada

Sedang aku lalai dihelah dunia semasa

Berlari-lari mengutip pahala

Saat pintumu hampir tertutup setahun lamanya

Yang bijak, menghafaz kitab

Yang untung, sujud rehat sebulan tetap

Yang sedar, tangan kanan tak pernah lelap

Aku bertanya dimana Sang Api di gari?

Tetapi lupa nafsu sentiasa cuba merajai

Aku sedar kealpaan musim ini

Andai kau datang lagi

Sedang kursani masih buatku berdiri

Izinkan aku mengumpul erti

Ramadhan Kareem seperti yang dijanji

JudeLord-Akhir Ramadhan2010

semakin gila!

Ahli Majlis sudah semakin gila.Tak sampai berapa jam lepak di Ali 1,Ahli Majlis sepakat untuk pekena GCB di Mek Donalds PKNS Bangi. Aku sebagai Ahli Majlis tetap,pasrah saja dengan keputusan durbar. Sampai-sampai di MekD,GCB sudah habis promosi!Aduhai..keciwa membelit jiwa yang meronta-ronta ingin makan GCB.Aku lantas order Kentang Goreng Orang Perancis saja. Ada yang pulang awal atas urusan bersahur dengan keluarga.Tak mengapalah.Orang dah berumahtangga ni kita kene paham.

Ahli Majlis tetap sedang menunggu order


Di akhir-akhir Ramadhan ni aktiviti makan semakin menggila.Kontradik betul idea tuh dengan idea kedatangan Ramadhan.Orang muda.Hehehehe.

ngeteh lagi!!

Ini bukan sahaja hobi kegemaran.Bukan sahaja rutin.Tapi sudah jadi kemestian. Meja teh Ali 1 Bistro seumpama dunia magika yang menghilangkan resah setiap ahli majlisnya. Malam ini keadaan lebih meriah kerana dikunjungi ahli-ahli majlis berkecuali yang jarang-jarang ada iaitu Jay dan Auno. Walaupun ada yang masih bekerja esok,sessi teh selepas terawih ini masih lagi bernyawa dan semakin bugar.Hari ini banyak membincangkan isu-isu yang melibatkan hubungan Malaysia dan luar negeri. Bukan apa. Kerana aku berhajat untuk momohon kerja di Kementerian Luar Negeri. Secara teori,aku masih lemah apabila bercerita tentang diplomasi dua hala dan multihala Malaysia dengan kerajaan lain. Nasib baik ada Pojan,Ihsan dan Mail yang sememangnya geliga mengenai urusan-urusan yang disebutkan tadi. Semangat pulak aku nak join workforce Ministry of Foreign Affairs.Aku kuat merasakan diri aku sesuai untuk post tersebut berbanding jurutera. Memang sayang dengan karier jurutera.Tapi,harap-harap Tuhan tunjukkanlah jalan yang sebenar.

Ahli-ahli Majlis Ali 1 Bistro

Wednesday, September 8, 2010

terakhir buat tahun ini

Walaupun hidup berkasih itu indah,tetapi hendak sentiasa bersama itu bukanlah definisi cinta atau kayu pengukur kestabilan sesuatu perhubungan. Sudah lebih 5 tahun aku bersama dia namun hubungan aku tidak dibaja dengan perjumpaan yang lebih dikenali sebagai 'dating' dalam istilah bercinta. Aku mempunyai persepsi sendiri tentang 'dating' yang berlebihan. Selain dari itu, aku sememangnya sibuk dan dia juga sudah berkarier. Aku daif dan tidak punya kereta untuk selalu keluar bersama. Aku pokai dan tidak sanggup keluar kalau asyik dibelanja. Aku punya tanggungjawab sebagai anak,abang,kawan,sahabat dan jiran yang mungkin belum terlaksana dengan sempurna. Ditanya semua perempuan apa yang hebatnya tentang selalu berdating. 1001 jawapan akan keluar menyatakan positifnya aktiviti itu. Persepsi masing-masing berbeza. Aku kenal diri aku. Hanya ikatan pernikahan sahaja yang bisa menjadi jawapan konflik aku dan dia selama ini.

Sebelum berbuka rasa mau baham semua!

Hari ini hari ke-3 aku berbuka puasa bersama Xera. Disebabkan kapasiti perutnya yang kecil,aku tidak langsung bercadang untuk berbuka puasa secara buffet. Maka aku terus ke Yankies Hut Bangi yang satu masa dulu top dengan talapia bakar dan cendawan gorengnya. Aku gembira kerana dapat berjumpa. Ikhlas sewaktu melangkah kaki keluar rumah. Hilang segala lelah bila menatap wajah. Kualiti itu ada dalam pertemuan. Bukan pertemuan klisye uda dan dara yang sibuk berpegang tangan dan buat-buat manja. Plastik.

Berbicara soal romantik??Gua tak romatik??Hahahaha.Gua memang rocker kental. Bagi bunga,bikin lagu, nyanyi di telefon,makan bersuap,payungkan kekasih, buat kejutan harijadi dan bermacam-macam mimpi indah seorang dara terhadap terunanya. Cubalah tanya apa yang gua bikin untuk dia.Senarai di atas??KHATAM!
Si jelita dan Si Mat Rock

Secara asasnya hubungan cinta itu dipupuk dengan rasa selalu ingin bersama dan ada sedikit rasa ingin memiliki. Barulah berani kaki melangkah dan memberitahu "i love u". Tetapi hakikatnya, selalu bersama itu tanpa disedari memberi ruang untuk konflik yang kita sendiri tidak sangka topik konfliknya. Bila sudah bernikah, secara positif aku berfikir yang Allah akan lenyapkan ruang-ruang konflik dan lebih membuka jalan untuk membina kebahagiaan. InsyaAllah.

Tuesday, September 7, 2010

selesai sudah

Kerja-kerja mencatit di meja-meja bulat persidangan ketua-ketua masyarakat di Selangor sudahpun selesai dan berakhir di Majlis Perbandaran Kajang semalam. Tak pulak aku sangka Kajang mempunyai Majlis Perbandaran kedua terkaya selepas MBPJ. Yang Dipertua MPKj juga aku lihat penuh kredibiliti dan mempunyai skil berucap yang mantap. MPKj dalam usaha membangunkan Kajang 2 dilihat serius dan komited dengan rangka kerja mereka dan mengetengahkan unsur-unsur kehijauan dalam pembangunan termasuk cadangan penggunaan tenaga suria untuk jentera kecil.Bukan tenaga Pn. Suria.

Aku sedikit lega kerana tanggungjawab sudahpun selesai. Pengalaman cukup banyak dan menarik. Terasa dada sarat dengan hal ehwal semasa lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu kronik dalam setiap daerah.Secara peribadi, Selangor mempunyai tenaga dan modal insan yang sangat mudah untuk digilap. Tetapi dengan status negeri pembangkang terkaya, kaki dan tangan rakyat Selangor seperti dibelenggu. Tak mengapalah.Usahalah sehabis baik wahai saudara-saudaraku. Kita baru 53 tahun merdeka. Apa sahaja jatuh bangun kita masih boleh dianggap sebagai tempoh bertatih. Jika dikumpul segala pemimpin-pemimpin hebat dunia dan diletakkan di dalam bumi tanah jawi ini,aku yakin senarionya tetap sama.Fikir-fikirkan..

p/s:-aku kini sudah punya banyak masa untuk berangan-angan tentang pelamin,beli rumah,jaga anak dan diikatkan tali leher setiap kali keluar pergi kerja.Standard!

nota ringkas

Gua bukanlah anak Perdana Menteri dan Pak Menteri yang dijulang-julang rakan sebaya..
berpakaian mahal dan bermobil besar..
minum kopi hitam di Starbuck sambil menekan2 IPhone..mendabik dada yang mungkin kosong..

Gua jugak bukanlah anak Ketua Polis Negara yang boleh jadi kebal dengan undang-undang..

Gua juga bukan anak seorang Profesor mahupun Dekan universiti yang mudah mengenal ilmu-ilmu peringkat sarjana..

dan bukan jugak gua ini anak Pengarah Syarikat multi-juta yang menjadi kegilaan wanita dan calon cocok menantu kepada ibu-ibu mereka yang sibuk mengepalai NGO..

Tidak pulak gua ini anak seorang Artis Glamour yang sama2 menumpang populariti mak bapak gua dan menyelit2 dalam majalah hiburan..

Tapi entah kenapa gua rasa bangga jadi diri gua yang berbangsa Melayu Muslim yang diajar mak bapak untuk bersantun dan kenal asal gua..gua diajar makan menggunakan tangan kanan dan mengaji menggunakan lidi..secara tak formal gua terdedah dengan ilmu perubatan tradisional..dalam amalgamasi adat dan agama,gua bangga jadi unit bangsa yang terpanggil untuk mengekalkan jatidiri.

mungkin dengan aliran ini gua boleh jadi sama atau lebih hebat dari Bapak-Bapak dan Ibu-Ibu kepada anak-anak di atas..
Hang Tuah kata "Takkan Melayu hilang di dunia".HangPa pulak kata apa??

Sunday, September 5, 2010

KK?

Bukan Kuala Ketil, bukan Kuala Kedah, bukan juga Kota Kecil tetapi Kota Kinabalu. Hari ini aku ke Kota Kinabalu lagi. Sebelum ini aku ke sini menghantar sepupuku yang melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang perubatan. Aku beria-ia sangat nak melihat dia menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Karier sebagai seorang doktor ni kalau digalas dengan baik, ringgitnya menawan. Pahala berkapal-berkapal. Selain itu, aku memikirkan yang dia bakal mengubah nasib keluarganya yang selama ini agak kurang berkemampuan. Sememangnya konflik untuk dia ke sini sebelum ini kerana dia anak sulung. Ramai yang kurang senang untuk membiarkan seorang perempuan separa matang seperti dia berhijrah jauh ke negeri di bawah bayu. Bagi aku yang memandang mudah soal ini,aku berkeras ingin dia melanjutkan pelajaran ke sini. Beratus ribu lepasan SPM memohon jurusan perubatan dan dia terpilih. Kalaulah dia tolak tawaran gunung emas ini, aku rasa itu sesuatu yang kurang bijak dan pelik.

Hari ini aku ke sini lagi untuk menjemput dia pulang. Mak Lang ku tidak yakin untuk membenarkan dia pulang seorang diri dari UMS. Soal teksi,bas, itu dan ini, yang bakal memeningkan dan menyukarkan perjalanan balik. Jadi dihantarnya aku ke sini untuk menjadi pemudah cara. Aku ialah abang sepupu sulung yang sangat mengambil berat bukan saja soal pelajaran adik-adikku,tetapi juga sepupu sepapatku. Belah mak,mahupun belah bapak. Aku ke sini seorang diri. Menaiki penerbangan Air Asia yang memeningkan dengan seluar pendek dan selipar Crocs Danau Kota. Satu beg berisi laptop, pencuci muka dan towel ku galas kemas. Sampai di KK aku menghubungi temanku Rosbi yang rupanya sudah setengah jam menunggu dengan kereta Viva yang bakal ku sewa.

Santapan RajaGopal

Sekarang aku berada di Mc Donald berhampiran UMS melayari internet dan membuat rumusan perbincangan di Majlis Perbandaran Sepang dan Ampang Jaya. Memang mata mengantuk dan aku bakin aku boleh tidur bila-bila masa kerana seharian hari ini aku menjadi wireman di rumah. Aku tukar lampu mentol kepada kalimantang di belakang rumah, wiring semula fuse terbakar, pasang lampu kelip-kelip[tugas utama setelah ibuku bising lebih seminggu], dan juga membetulkan plug air-cond. Itulah untungnya ada anak lelaki[mak aku yang cakap!]. Walaupun aku boleh tidur di Tune Hotel,tapi setelah memikirkan itu tidak berbaloi, aku pon memilih untuk stay up. Boleh juga aku larikan budget hotel dengan membeli GCB dan Ayam Goreng McD! HAHAHAHAHA. Tapi mungkin sebentar lagi aku akan nap sebentar di dalam kereta. Penerbangan balik akan berlepas jam 10.55 pagi. Aku pasti kena pakai spek itam untuk menyimpan mata yang bakal bergelung hitam!

Saturday, September 4, 2010

sahur berPelita

Hari ini seperti tradisi biasa setiap tahun,aku akan bersahur di Pelita Jalan Ampang. Tahun lepas lebih 5 kali. Tapi tahun ini dengan Ramadhan berbaki seminggu,aku hanya baru pergi sekali. Mungkin kerana ramai ahli majlis sudahpun mempunyai isteri dan tanggungjawab berat yang lain. Aku sememangnya penggemar ayam kicap Restoran Pelita sejak dari zaman sekolah. Setiap Restoran Pelita yang aku jumpa serata Malaysia,menu ini tidak boleh aku ketepikan. Cubalah Justify Fullkalau-kalau belum pernah cuba. Sure kena kangkang punye.Hahahaha

Kali ini aku hanya ditemani Pojan,Mail,Joe dan Eli. Kamal dan Ajib yang sudah berumahtangga lebih selesa bersahur di rumah masing-masing. Almaklumlah.'Santapan' orang yang sudah berumahtangga ni lain sedikit.Hehehehe.

Mail,Eli Lancer dan Dr. Johari

Aku ke sini dengan membawa hati yang kurang selesa kerana ada sedikit perselisihan faham dengan Xera sebentar tadi. Aku gagal memahami dia dan dia yang sudah sedaya upaya memahami aku juga seakan gagal hanya kerana aku gemar bersosial dengan rakan-rakan. Tetapi bagaimanakah cara aku bersosial?? Sudah pasti aku memilih teh tarik dari Chivas.Sudah pasti juga aku gemarkan perbincangan ilmiah dari hanya berunsur seks dan politik murahan. Dan sudah pasti juga aku tidak akan menghabiskan not kertas di dalam wallet untuk membayar cover charge ke kelab-kelab malam. Cukuplah sekadar Ali 1 Bistro.

"Sahurlah walau dengan sebiji kurma"

satu malaysia dan sambal belacan

Idea untuk menyatupadukan kesemua kaum bukan sahaja MELAYU,CINA DAN INDIA di Malaysia bukanlah satu idea yang baru. Apa sahaja bentuk cadangan dan idea yang menjurus ke arah itu hanyalah berbentuk peringatan kepada semua rakyat yang sememangnya kita berkongsi dan menumpang hidup di tanah bertuah bernama Malaysia. Jika idea ini terlalu dipolitikkan kepada suatu pakatan parti sahaja, sudah pastinya ia nampak rapuh dan dianggap sesuatu yang jelek. Sepatutnya idea ataupun aku boleh panggil pendirian ini patut ada dalam setiap insan yang memegang status warganegara di Malaysia. Sebagai contoh, orang yang benar-benar mempunyai semangat sukan bolasepak dalam dirinya janganlah mudah dilabel sebagai kaki gila judi bola. Dua idea yang berbeza tetapi melibatkan satu asas yang sama iaitu judi bola. Bagi aku yang menyokong idea perpaduan, aku tidak suka jika dilabel pengampu ataupun pak turut dasar kerajaan. Bagi aku ia sesuatu yang berbentuk common sense yang patut disemai dalam setiap sanubari anak Malaysia.

Sememangnya aku mengerti benar tentang hak keistimewaan melayu dan beberapa hidden laws dalam kerajaan. Idea Satu Malaysia ini sememangnya kontradik dengan perlembagaan yang secara langsung mendukung hak keistimewaan kaum bumiputera. Tetapi adakah kerana alasan ini kita tidak mampu hidup aman walaupun majmuk. Aman yang aku maksudkan bukanlah sekadar Ahmad boleh makan Yong Tau Foo di Jalan Ampang ataupun Ah Meng boleh lepak sambil soru Nasi Lemak Kampung Baru. Tetapi ia lebih kepada kita berkongsi idea yang sama. Idea ekonomi yang sama. Idea memajukan institusi sosial yang sama. Perkembangan aspek spiritual juga boleh dikongsi bersama.

Melayu sendiri makin hilang adatnya.Sudah bertahun juga aku tidak melihat ah moi berCheong Sam. Tapi aku bernasib baik kerana tinggal di kawasan yang mempunyai kejiranan India dimana kadang-kadang dapat aku melihat mereka menyarung sari. Kita sememangnya boleh,dibenarkan dan digalakkan untuk mengayakan institusi budaya masyarakat masing-masing. Aku melihat itu sebagai warna warni Malaysia yang tiada di tempat lain. Buatlah sebanyak mungkin pengayaan dan preservation adat budaya kaum masing. Bukankah indah sekiranya kita sesama rakyat di Malaysia mengetahui budaya masyarakat lain. Janganlah kaum Cina dan India sahaja yang harus menghormati amalan puasa umat Islam dan sanggup minum menyorok-nyorok. Sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidakmenghormati adat dan ajaran agama, sibuk pula mengondem ajaran dan adat budaya masyarakat lain. Adat budaya dan ajaran agama adalah sesuatu yang dibentuk beratus tahun lamanya.Malahan beribu tahun. Tidak semudah itu untuk kita menolak peranan dua aspek tadi dalam membentuk masyarakat yang ada ketika ini.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku selama aku bergaul dengan berbagai kaum. Mereka seboleh-bolehnya cuba menghormati apa yang kita amalkan dalam masa yang sama menghormati juga hak keistimewaan melayu. Aku tersentuh apabila rakanku di Majlis Perbandaran Selayang yang berbangsa Cina meluangkan masa berbuka puasa bersama dan buat pertama kalinya mencuba sambal belacan,kuih koci dan juga buah langsat. Walaupun makan menggunakan sudu,kesanggupannya untuk mencuba sambal belacan bukan sesuatu yang mudah. Tidak pernah aku melihat dia minum di hadapan kaum muslim sehinggalah aku tersempak dengannya minum air di tangga. Thung memang aku hormat.

Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Selayang


Aku bukanlah ahli politik apatah lagi penggerak kaum belia. Aku cuma sayangkan tanah air dan yang paling penting aku mahu bangsa melayu masih wujud di muka bumi ini.Bukan sahaja wujud berambut perang dan berskirt pendek sepanjang masa. Tetapi wujud dengan amalan budaya yang telah sama-sama kita ketepikan. Salam Dunia.



Wednesday, September 1, 2010

cerita seminggu part ii

Tak perlulah aku menyelitkan unsur-unsur intermission dalam part ii ini kerana aku bukan hendak menulis kisah tragis cinta tiga segi ataupun konflik keluarga. Setelah habis 4 hari dirompak tibalah hari ke-5 minggu itu yang juga sarat dengan aktiviti yang membataskan pergerakan aku.Ikuti kisahnya..

Hari Kelima
Seawal waktu sahur lagi ibuku seudah berpesan yang sesungguhnya hari ini merupakan hari mengemas rumah dari depan sampai ke belakang. Memikirkan itu aku sudah terfikir yang mental dan fizikalku masih belum fit untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Disebabkan tidak mahu dilabel derhaka ku turutkan juga. Namun kerja-kerja mencantas dahan pokok, menebas semak dan touch-up cat masih belum mampu untuk aku lakukan kerana dibatasi masalah stamina kurang tenaga batin. Ada satu bilik di dalam rumahku yang sudah secara tidak sengaja beroperasi menjadi stor. Keadaannya memang dahsyat. Sudah 4 plastik besar aku sumbatkan barang-barang yang tidak terpakai,masih belum nampak susutnya di dalam bilik ini. Memang seperti inventori kerajaan persekutuan dan arkib. Banyak gambar lama,permainan zaman mumaiyyiz,design-design batik arwah ayah dan juga file-file berkaitan urustadbir rumah. Jika dilihat di dalam gambar di atas,aku terpaksa melakukan 2 trips pembuangan sampah. Antara barang berharga yang ada dalam timbunan sampah itu ialah Laptop lama dan 2 kamera lama. Kalau larat,pergilah repair!

Hari Keenam

Hari keenam ni pulak aku lebih fokus terhadap rakan-rakan di sekitar rumah yang sewaktu kecil bertukar-tukar komik Dragon Ball dan juga Pendekar Laut. Kawan-kawan ini jugalah yang secara tidak sengaja memporak perandakan keamanan kampung dengan membawa ideologi hip-hop yang keterlaluan ketika itu. Aku bangkit je dari tidur,mereka sudah ajak pergi bershopping di sekitar Metro Kajang dan Alamanda. Aku agak sedikit malas kerana mereka kebanyakkannya sudah BERKAHWIN atau sekurang-kurangnya BERTUNANG. Selain daripada itu,aku seorang sahaja yang berdompet nipis.Mereka semua tebal-tebal belaka.Untuk pengetahuan, aku saja yang masih belum menerjah alam-alam yang ku sebutkan tadi. Ajib dan isterinya Yatie,Kamal dan isterinya Kayla, Mail dan tunangnya Iffa, Yus dan tunangnya,Ismie dan isterinya Ainul..Oh tidak! Ismie dan Yus terpaksa cancel di saat2 akhir atas urusan rumahtangga.Ish..leceh tul laa..Kami kemudiannya berbuka puasa di Po' Sen Kajang. Best!! Restoran ini dipagari tumbuh-tumbuhan yang menyejukkan mata dan dekorasinya seperti istana lama dan dihiburkan pula dengan muzik-muzik gamelan melayu yang menghidupkan suasana. RM 20 sahaja harga buffet sudah cukup buat aku tersenyum hari ini.Puas!

Hari Penutup
Aku menutup tirai minggu itu dengan rasa puas maksima. Aku,Ghafur,Aiman,Ihsan dan Dr. Ijat sudahpun bercadang mau berbuka puasa di Hotel Equatorial Bangi. Sudah menjadi resam agaknya bagi Tuan Ghafur yang bergelar Software Engineer dan juga Aiman yang bergelar Pilot untuk berbuka puasa di hotel yang tarafnya paling kurang 5 bintang. Tahun ini ditambah pula dengan kehadiran Dr. Ijat yang sudahpun berkerjaya. Bukan 5 bintang itu isunya. Ukhuwah 5 sahabat dari Bangi ini yang perlu dijaga. Banyak juga makanan yang menerjah masuk ke segenap pelusuk abomasumku. Dim sum,roast lamb,ostrich rosemary,tempura2,char kuey tiow,vadai,murtabak,pultu panggang,carbonara,lasagna dan bermacam-macam lagi. Sehingga terdetik di hatiku, jika Rasulullah masih ada di zaman ini,mungkin acara buffet makanan ini tidak akan digalakkan kerana hampir kesemua yang berbuffet tersandar di kerusi sehingga jam 10! Aktiviti selepas itu yang membuatkan aku gembira hingga ke hari ini. Kami berterawih dengan setiap satu solat diimamkan oleh setiap seorang dari kami. Name pon Maahad Hamidiah.Takkan imam solat pun kantoi. Ghafur dengan tarannum yang agak strict dan mempunyai ciri-ciri yang diceduk dari imam Mekah.Aku bernada sedih dalam bacaan tarannum rekaan sendiri. Ihsan pula dengan gaya bacaan sufi yang bersahaja. Aiman yang sememangnya bekas ahli Mirwana mendendangkan tarannum yang tersangat merdu. Dr. Ijat yang risau dengan kehabisan surah akhirnya membawa surah Al-'Adiyat dan Ad-Duha sebagai penutup. Manis betul kenangan malam itu. Semanis sirap bandung dan tebu mesin di Equatorial!Terima kasih Al-Fadhil Abdul Ghafur!

Seminggu.Habis.Tunggu lagi seminggu dan seminggu selepas itu.Barulah aku boleh sarung baju melayu kelabu dan songket baru!

Monday, August 30, 2010

cerita seminggu part i

Terasa lama jari-jemari dibelenggu kesibukan kerja dan tanggungjawab lain..sehinggakan papan buruk ini lengang tanpa sebarang berita..maka dgn itu suka aku untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang seminggu aku tidak mengarang.bukanlah aku pergi umrah mahupun berhijrah ke luar negara..

Hari Pertama

Melihat pada gambar diatas,mungkin ramai yang sudah tahu dimana lokasinya..Inilah pandangan dari Putrajaya International Convention Center (PICC).Bukan New York apatah lagi Washington DC. Aku ke sini untuk bersama-sama rakan-rakan rumah seperti Mail,Ajib dan Kamal. Semua dengan bini tetapi gua sorang ja single :) Tujuan aku ke sini bukanlah menghadiri sessi perbincangan meja bulat tetapi kerana ada sale Metrojaya yang hebat. Sesudah dua hari berturut2 aku disini,berjaya juga Metrojaya merampok RM300 duit aku. Tetapi jangan tidak percaya. Dengan jumlah wang sebanyak itu aku mampu memiliki seutas tali pinggang John Langford,3 helai kemeja Alain Delon, 2 helai seluar D'urban dan juga 3 helai stokin Larrie.PUAS!

Hari Kedua

Sebelum berbagai spekulasi menerjah ruang ini,ingin aku nyatakan di sini yang sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan saudara yang tidak berambut dalam gambar di atas. Aku ketika ini sedang menjalankan tugas sebagai seorang rapportuer yang mencatit segala isi perbincangan meja bulat berkenaan Projek Blueprint Selangor 2011-2013 yang pada ketika ini Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai tuan rumah. Secara peribadi aku meminati tugas aku kerana aku dapat bergaul dengan berbagai-bagai ragam manusia yang berbeza kaum,pandangan politik dan DEMAND! Kebetulan Yang Berhormat kawasan ini yang berbangsa Cina menaja Majlis Berbuka Puasa pada hari itu..Selamat duit belanja aku.Terima Kasih YB!

Hari Ketiga
Rasanya ini kisah paling lawak dalam sejarah kehidupan aku.Aku dan pasar borong sememangnya bukan gandingan ideal. Pada suatu hari adikku mendapat tempahan makan untuk 23 orang pelajar kursus berbangsa Cina dan sudah pasti mereka tidak berpuasa. Jadi, makan pagi,tengahari dan makan malam peruntukannya RM20 satu kepala. Puas adik aku memujuk agar emak dapat menyediakan makanan2 tersebut. Tetapi mungkin kerana terlalu fokus dengan projek kuih raya,emak enggan untuk memberi kerjasama. Sedikit konflik kecil pon tercetus kerana adikku sudah berjanji dengan ofismatenya. Sebagai seorang abang aku merelakan diriku membawanya ke pasar borong di subuh2 hari setelah menu-menu disetup oleh adikku. Udang,ayam,ikan,buncis,daun kunyit,santan,epal dan macam2 lagi aku borong. Disebabkan aku pergi sebelum habis waktu sahur,tangan kananku sentiasa saja menggenggam erat botol air untuk diminum sambil bershopping ikan dan sayur. Alhamdulillah. Walaupun tanpa bantuan emak yang sememangnya expert dalam hal ini, gabungan mantap adik aku,aku dan Mak Long telah berjaya merealisasikan segalanya. Ini kesah bidan terjun tingkat 3!

Hari Keempat

Bukan saja nampak macam sedap tetapi memang sedap tahap dewa! Inilah salah satu kedai seafood di Kuala Selangor yang diberi nama Aroma kalau tak silap. Bukanlah aku ke sini semata-mata untuk melantak seafood ni. Tetapi pada awalnya atas urusan kerja rapporteur yang kali ini bertempat di Daerah Kuala Selangor. Kebetulan rakanku Mail bekerja di stesen Mardi Tanjung Karang. Aku dan Ihsan yang pada mulanya menumpang kereta orang sudah tukar plan mau balik sama Mail. Kami pon plan mau berbuka di sekitar Kuala Selangor. Walaupun terpaksa menolak belanja dari YDP untuk buka puasa bersama, tapi ke sini bersama Mail yang baru dapat bonus raya lebih besar maknanya. Mail sudah open table satu kali! Siakap tiga rasa,sotong goreng tepung,pari bakar,kerang bakar,sayur kailan dan telur goreng. Semuanya hanya RM70! alhamdulillah..kenyang dan berbaloi.Aku seakan sudah tertambat hati dengan Kuala Selangor berbanding Bagan Lalang. Mungkin angin tempat baru..

Bersambung.......


Wednesday, August 25, 2010

biar letih

Hari ini tidak dapat aku sangkal dan nafi lagi, paras penggunaan tenaga berada di tahap maksimum di mana aku terpaksa travel ke Hulu Selangor dari Bangi pada jam 12 tengahari! Sumpah hari ni panas dan shade aku pulak hilang. Jadi mata menyepet sepanjang perjalanan yang aku kira sampai juga 2 marhalah.Kawasan Hulu Selangor.Dilihat sekali seperti tinggalan perang dan adakala seperti padang jarak padang tekukur. Ku gagahkan jua semangat untuk bekerja sambilan menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Aku ditugaskan untuk mencatit setiap pandangan ketua-ketua masyarkat,ketua-ketua industri, orang-orang berpengaruh dan berkuasa di sekitar Hulu Selangor. Segala maklumat diperlukan untuk Projek Selangor Blueprint 2011-2013 yang bakal mengutarakan dan memberi fokus terhadap masalah-masalah kronik yang berbangkit sekitar negeri Selangor. Masalah-masalah dan idea mereka akan cuba diselesaikan mahupun direalisasikan dalam pelan jangka pendek negeri Selangor.Betul-betul aku rasakan diri seperti Pegawai Kerajaan N41 ataupun M41 kerana topik perbualan aku hari ini bersama kenalan baru tak langsung menyimpang sebaliknya khusus terhadap pembangunan negeri dan sosial masyarakat setempat.Hebat-hebat rupanya pekerja-pekerja sambilan Merdeka Center.Ilmu penuh di dada!hahaha

Apa yang positif secara peribadi hari ini, aku mengenali masyarakat Cina dan India dengan lebih mendalam. Dari sekecil-kecil adat sehinggalah ke pengstrukturan masyarakat dan masalah dalaman melibatkan status wujud mereka di Malaysia. Aku tertarik apabila 12 panel di atas meja ditanyakan soalan bagaimana cara yang realistik untuk mengatasi masalah sosial, ada seorang Cina bangkit dan menyuarakan peranan agama dan perlunya penekanan dari aspek tersebut dalam pembangunan sosial.Tergamam! Bukan dari orang melayu..

Biarpun letih, aku puas dengan apa yang aku lakukan hari ini. Walaupun sebenarnya ia mengundang kepada beberapa masalah peribadi. Aku bila sudah fana dengan kerja, yang lain aku tinggalkan. Contohnya memberi mesej dan membuat panggilan. Maaf. Bukan apa.Aku sendiri tercari-cari siapa diri aku sebenarnya. Terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab perlu diselesaikan. Sekiranya kau tercipta untukku,fahamilah aku yang sentiasa berlaku songsang.

Tuesday, August 24, 2010

Rapporteur??Kejadah apa??

Mula-mula aku sendiri agak asing dengan perkataan yang menjadi tajuk post kali ini. Kejadah apekah rapporteur itu??Aku hanya tau sebutannya "repotua" kerana kerap keluar dari mulut sahabatku Ihsan. Selain menjadi penyelia banci bahagian Bangi, sahabatku yang memiliki Degree in Mechanical Engineering ini juga menjadi Rapporteur kepada Merdeka Center secara sambilan. Bayarannya agak memuaskan dengan hanya bekerja sebagai pencatit pandangan dan respons dari responden dalam seminar2 tertentu. Aku berminat sangat dengan kerja sebegini. Bukanlah kerana aku minat mencatit tetapi berada di dalam persekitaran yang membincangkan isu semasa, ekonomi,sosial, infrastruktur, agama dan mungkin sedikit politik. Merdeka Center telah dilantik oleh kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan maklumat dari peserta-peserta yang rata2 adalah ketua2 dalam sesuatu masyarakat. Antara maklumat yang diperlukan ialah mengenai infrastruktur, masalah2 yang berkaitan dan pandangan terhadap pelan jangka pendek negeri Selangor.

Walaupun sebenarnya aku lebih berminat untuk menjadi moderator, tetapi kekosongan nampaknya hanya pada jawatan rapporteur. Tak mengapalah. Yang penting sedikit sebanyak aku dapat menceduk dan analisa pandangan masyarakat dan sedikit sebanyak juga dapat aku melihat paradigma masyarakat sekitar Selangor. Mungkinkah minda mereka sudah seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi yang berlaku semenjak 10-15 tahun lepas? Semua itu akan terjawab esok. Tak sabar mahu sarung kemeja dan seluar licin untuk mencatit! Hohohoho

Monday, August 23, 2010

akhir minggu

Hari ni sudahpun hari Ahad.Penghujung kepada minggu ini. Bagi yang bekerja mungkin rasa sedikit malas untuk bangun seawal pagi,menggosok pakaian,meredah kesesakan dan melakukan aktiviti pekerjaan mereka. Bagi aku seorang penganggur dan akur dengan sistem org bekerjaya,aku sedikit sedih kerana rakan-rakan teh akan berkurang. Mungkin hanya aku dan Ihsan sahaja yang tinggal. Itupun kalo die tak sibuk menyelia banci negeri Selangor.

Tapi begitulah kehidupan di alam nyata yang mana masa berjalan,berlari,bergulir tanpa menunggu. Time waits for no man kata Mat Saleh. Dari tingkatan satu aku bersama Mail,Kamal,Ajib,Arwah Zahrul,Ihsan dan yang lain sudah mula sebati dengan aktiviti minum malam. Dan bila ia bukan lagi rutin kerana dibatasi status perkahwinan dan status kerjaya, aku jadi sedikit kekok. Tapi takpe. Aku cukup matang untuk merelakan keadaan itu.

Awek aku agak sukar memahami cara hidup aku dgn kawan2. Tetapi aku yakin dalam hati dia sentiasa saja berdoa untuk menjadi org yang paling paham dan sentiasa bersama aku. Aku ini terlalu byk tggjawab. Anak,abang,kekasih,sahabat,kawan dan kadang2 jiran. Semua tanggungjawab tu cuba aku galas sebaik mungkin dan kalau boleh semua pihak berpuas hati.

Tadi aku ke PICC lagi dengan membawa sejumlah wang yang dipinjam dari mak. Mak kata jangan lupa bayar balik lepas kerja. HAHAHAHAHA..aku habiskan RM300 beli kemeja, seluar slack, tali pinggang dan stokin di Metrojaya Sale. Dan aku klassifikasikan pembelian aku sebagai bijak kerana aku dapat 3 kemeja, 2 seluar, 1 tali pinggang kulit dan 3 stokin. Alhamdulillah. Rezeki pinjam. Untung sabut timbul,untuk batu tenggelam. Untung juga.

Esok hari Isnin. Aku bermohon kepada Rabbi supaya dicekalkan hati dan dikuatkan semangat untuk aku berterawih di masjid. Entah kenapa rutin dan keindahan berterawih semakin pudar dalam jiwa. Mungkin juga psikologi dan fizikal aku ada sedikit gangguan. Hambamu ini rindu kemanisan itu. Tapi entah kenapa sinarnya malap tak subur seperti dulu. DAMN!


Sunday, August 22, 2010

kemaskini

Salam dunia..ada org sedang sibuk mencari tailor..ada yang sibuk mengemas rumah menjelang Aidilfitri..tak kurang juga dengan isi rumahku sendiri yang sudah berminggu2 berbau ramuan2 kek dan kuih. Almaklumlah mak aku memang sibuk setiap kali musim perayaan kerana menerima tempahan membuat kuih.

Sudah 2 minggu aku tinggalkan UIA namun rasa rindu pada warganya masih belum luntur meskipun di rumah aku penuh hilai tawa rakan2 rapat. Mungkin aku terlalu lama di UIA sehinggakan ada rakan2 di rumah kerap memerli aku dengan mengatakan aku mengaji di timur tengah. Tak kesahlah. Seawal Ramadhan aku diuji dengan satu bentuk demam yang boleh aku kategorikan sebagai terteruk dalam sejarah hidup aku. Aktiviti terawih tergendala sebentar. Aku seperti bangkai bernyawa di rumah. Tetapi aktiviti minum teh tiap2 malam terus berjalan seperti sebelum2 nih. Ali 1 Bistro Precint 14 jadi tempat diskusi segalam macam hal politik,sosial, agama mahupun hala tuju hidup aku dan rakan2. Bangga aku katakan, saat aku berlabuh di meja Ali 1 Bistro, segala macam kemurungan dan masalah lenyap bersama tegukan2 teh dan kdg2 kopi. Ini membuatkan aku punya ubat sementara dan lupakan berbagai2 bentuk masalah peribadi mahupun konflik dalaman.Itulah sedikit sebanyak aktiviti aku sepanjang Ramadhan.

Sesuai dengan tajuk post kali ini,aku berharap dapat menulis setiap hari. Bukan untuk jadi tatapan umum. Cukuplah sebagai satu diari elektronik yang mungkin buat aku tersenyum setiap kali aku menjengah tingkapnya. Sekian

Tuesday, January 5, 2010

rayau racau tahun baru

satu haribulan satu dua ribu sepuluh telah ku saksikan kehadirannya di sebuah pulau yang secara geografinya pun sudah agak menarik..kalau tidak masakan Francis Light mahu menjadikan pulau ini sebagai pelabuhan dagangan dan kapal2 tentera laut British..perjalanan dari KL mengambil masa lebih 4 jam untuk sampai ke jeti sebelum menaiki feri ke Georgtown.Almaklumlah..aku,Ihsan dan Pojan sememangnya tidak boleh lari dari sessi 'mengeteh' di Sg. Perak dan beberapa port lain..
Nasi Kari ikan masin di Butterworth sebelum naik feri

Sepanjang aku merantau bercuti dan bekerja di sekitar semenanjung,perjalanan ke Utara seperti Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Perlis akan menjanjikan sajian2 yg membuka selera walaupun perut sudah padat. Makanan2 di utara semenanjung jauh lebih murah berbanding di negeri2 di Pantai Timur.Sebagai bonus,makanan2 di sini adalah hasil amalgamasi masakan2 dari Indonesia,Melayu,India,Cina,dan Siam..sebagai contoh di Perak kita ada Kuey Tiow Goreng Doli di Taiping,Nasi Ganja di Ipoh dan Mee Udang Kuala Sepetang..di Kedah pula semua tercari2 Laksa Teluk Kecai dan Nasi Lemak Royal di Alor Star.Apabila tiba di Penang, aku sudah mula membayangkan Nasi Kandar Line Clear,Nasi Briyani Hameediyah dan Char Kuey Tiow Permatang Pauh.Alhamdulillah aku dikurniakan kebolehan dan sistem perut yang fleksibel untuk menerima kesemua makanan tersebut..dan pada tekak aku,kesemuanya mempunyai rasa khas tersendiri yang boleh dijadikan cerita.
Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang

Pekena Nasi Briyani di Hameediyah, Georgetown

Pulau Pinang sememangnya unik dan tidak hairanlah sebahagian daripada kota Georgetown mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai sumber sejarah antarabangsa. Akibat penyerahan Pulau Pinang kepada Francis Light pada tahun 1846,membuatkan Pulau Pinang berada di bawah pemerintahan Governor dan tidak memiliki sistem beraja seperti negeri2 lain di Tanah Melayu. Pada pendapat aku,itu taklah bermaksud yang rakyat di Pulau Pinang terlepas dari adat istiadat melayu yang mendaulatkan sultan.Kita patut bangga dengan sistem ketamadunan dan kesultanan kita sendiri.Walaupun proses kebangkitan bangsa bergelar melayu ini mula muncul di celah2 kebangkitan tamadun2 lain yang terlalu jauh lebih awal.Kita bertamadun dan mula mengenal nilai intelek dengan berkain batik,menunduk dan bersalam,menumbuk sambal belacan,mendaulatkan sultan, sehinggalah beberapa siri desakan dan tekanan dari pihak penjajah. Orang putih kata "Nothing much that we could expect" kerana kita baru mula bertunas dan apa sahaja bentuk konflik,pencapaian,kegemilangan dan kehancuran yang sedang berlaku adalah proses yang jelas sesebuah ketamadunan.Yang bahayanya apabila kita merakus ingin mengejar kebangkitan tamadun lain dengan menceduk dan menggunapakai sistem mereka yang mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan rakyat dan geografi kita di sini.Yang lebih menyedihkan, intelek yang terbina dalam masyarakat kita tidak berpaksikan satu idea yang kukuh..We share nothing in common!Ada orang pergi ke sekolah mahu berkawan,ada yang mahu bersosial,ada yang mahu belajar lebih tinggi,ada yang mahu gaji lebih besar dan agak sedikit yang mahu melihat kemandirian dan kegemilangan orang2 kita..

Sudah sebati dengan memberi hormat kepada pengunjung

Inilah punca nilai dan aset masyarakat majmuk kita tenggelam entah ke mana.Aku sudah naik jelak dengan fesyen baju melayu dan baju kurung yang jauh menyimpang dari asal sedang masyarakat di Indonesia kekal memakai batik dan belangkon asal.Bila kali terakhir aku melihat amoi berCheong Sam pon aku sudah lupa..lebih elok melihat bangsa India yang kekal dengan sari dan bertanda di dahi..Depa tak penah peduli pon org nak kata apa..Buang sampah kiri kanan tak kiralah di rumah sendiri mahupun di tempat2 awam..idea membasuh kaki di air tempayan zaman dahulu tu cuba mentarbiyah nilai kebersihan dalam masyarakat..tapi nampaknya sudah semakin tidak relevan..Cukuplah apa yang dah dihancurkan dek Portugis dan koloni yg lain..Kita nampaknya kehausan nilai dan modal sebagai rakyat di bumi bertuah ini..

Aku sememangnya tidak pandai bermadah politik..hanya melihat dari satu sudut angkasaraya sahaja..apa yang terlintas dalam minda mungkin jugak hasil pemerhatian sejak dari zaman menonton Ultraman sehingga hampir bergelar graduan..apa sahaja idea rakyat tak kiralah pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang menjurus ke arah keseragaman tamadun di tanah yang aku pijak ini,aku gunakan untuk terus mengekalkan momentum pemikiran aku..idea 1 Malaysia nampaknya semakin dipromosikan secara meluas ke seluruh pelusuk tanah air..mampukah ia diserap secara total sedangkan idea 1 Malaysia itu sangat besar..kalau sekadar 1 Malaysia dari sudut Nasi Lemak boleh ditukar dengan Kuey Tiow dan Capati aku yakin boleh saja..tetapi bagaimana pula dengan hak2 asasi orang melayu yang berada di dalam Federal Constitution yang kontradik dengan idea tersebut? Bukan senang untuk kita menidakkannya..bagaimanapun, aku rindukan keharmonian bangsa2 di Malaysia tak kiralah betapa mustahil pon keadaan seumpama itu..Kalau bukan kerana hasil timah mahu dirompak British,Dol Said dan pahlawan melayu lain tidak muncul..Kalau bukan kerana penyingkiran Anwar Ibrahim dari kabinet, rakyat kita mungkin tidak selincah dan bijak sedikit seperti sekarang..Wassalamu..

p/s:Aku menulis sambil menghisap rokok Dunhill.Bagi aku merokok belum salah.membuang sampah itu jauh nyata lebih salah..Cubalah berkempen penggunaan portable ashtray..pasti rakyat lebih suka..bagi rebet,turun minyak,menang bolasepak dan yang indah2 lagi..kami tak mahu tahu enjin kapal terbang,menteri kahwin artis,pengeboman ratu Mongolia dan yang lain2..nanti kami semak kepala..