Saturday, September 4, 2010

satu malaysia dan sambal belacan

Idea untuk menyatupadukan kesemua kaum bukan sahaja MELAYU,CINA DAN INDIA di Malaysia bukanlah satu idea yang baru. Apa sahaja bentuk cadangan dan idea yang menjurus ke arah itu hanyalah berbentuk peringatan kepada semua rakyat yang sememangnya kita berkongsi dan menumpang hidup di tanah bertuah bernama Malaysia. Jika idea ini terlalu dipolitikkan kepada suatu pakatan parti sahaja, sudah pastinya ia nampak rapuh dan dianggap sesuatu yang jelek. Sepatutnya idea ataupun aku boleh panggil pendirian ini patut ada dalam setiap insan yang memegang status warganegara di Malaysia. Sebagai contoh, orang yang benar-benar mempunyai semangat sukan bolasepak dalam dirinya janganlah mudah dilabel sebagai kaki gila judi bola. Dua idea yang berbeza tetapi melibatkan satu asas yang sama iaitu judi bola. Bagi aku yang menyokong idea perpaduan, aku tidak suka jika dilabel pengampu ataupun pak turut dasar kerajaan. Bagi aku ia sesuatu yang berbentuk common sense yang patut disemai dalam setiap sanubari anak Malaysia.

Sememangnya aku mengerti benar tentang hak keistimewaan melayu dan beberapa hidden laws dalam kerajaan. Idea Satu Malaysia ini sememangnya kontradik dengan perlembagaan yang secara langsung mendukung hak keistimewaan kaum bumiputera. Tetapi adakah kerana alasan ini kita tidak mampu hidup aman walaupun majmuk. Aman yang aku maksudkan bukanlah sekadar Ahmad boleh makan Yong Tau Foo di Jalan Ampang ataupun Ah Meng boleh lepak sambil soru Nasi Lemak Kampung Baru. Tetapi ia lebih kepada kita berkongsi idea yang sama. Idea ekonomi yang sama. Idea memajukan institusi sosial yang sama. Perkembangan aspek spiritual juga boleh dikongsi bersama.

Melayu sendiri makin hilang adatnya.Sudah bertahun juga aku tidak melihat ah moi berCheong Sam. Tapi aku bernasib baik kerana tinggal di kawasan yang mempunyai kejiranan India dimana kadang-kadang dapat aku melihat mereka menyarung sari. Kita sememangnya boleh,dibenarkan dan digalakkan untuk mengayakan institusi budaya masyarakat masing-masing. Aku melihat itu sebagai warna warni Malaysia yang tiada di tempat lain. Buatlah sebanyak mungkin pengayaan dan preservation adat budaya kaum masing. Bukankah indah sekiranya kita sesama rakyat di Malaysia mengetahui budaya masyarakat lain. Janganlah kaum Cina dan India sahaja yang harus menghormati amalan puasa umat Islam dan sanggup minum menyorok-nyorok. Sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidakmenghormati adat dan ajaran agama, sibuk pula mengondem ajaran dan adat budaya masyarakat lain. Adat budaya dan ajaran agama adalah sesuatu yang dibentuk beratus tahun lamanya.Malahan beribu tahun. Tidak semudah itu untuk kita menolak peranan dua aspek tadi dalam membentuk masyarakat yang ada ketika ini.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku selama aku bergaul dengan berbagai kaum. Mereka seboleh-bolehnya cuba menghormati apa yang kita amalkan dalam masa yang sama menghormati juga hak keistimewaan melayu. Aku tersentuh apabila rakanku di Majlis Perbandaran Selayang yang berbangsa Cina meluangkan masa berbuka puasa bersama dan buat pertama kalinya mencuba sambal belacan,kuih koci dan juga buah langsat. Walaupun makan menggunakan sudu,kesanggupannya untuk mencuba sambal belacan bukan sesuatu yang mudah. Tidak pernah aku melihat dia minum di hadapan kaum muslim sehinggalah aku tersempak dengannya minum air di tangga. Thung memang aku hormat.

Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Selayang


Aku bukanlah ahli politik apatah lagi penggerak kaum belia. Aku cuma sayangkan tanah air dan yang paling penting aku mahu bangsa melayu masih wujud di muka bumi ini.Bukan sahaja wujud berambut perang dan berskirt pendek sepanjang masa. Tetapi wujud dengan amalan budaya yang telah sama-sama kita ketepikan. Salam Dunia.



No comments:

Post a Comment