Sunday, September 5, 2010

KK?

Bukan Kuala Ketil, bukan Kuala Kedah, bukan juga Kota Kecil tetapi Kota Kinabalu. Hari ini aku ke Kota Kinabalu lagi. Sebelum ini aku ke sini menghantar sepupuku yang melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang perubatan. Aku beria-ia sangat nak melihat dia menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Karier sebagai seorang doktor ni kalau digalas dengan baik, ringgitnya menawan. Pahala berkapal-berkapal. Selain itu, aku memikirkan yang dia bakal mengubah nasib keluarganya yang selama ini agak kurang berkemampuan. Sememangnya konflik untuk dia ke sini sebelum ini kerana dia anak sulung. Ramai yang kurang senang untuk membiarkan seorang perempuan separa matang seperti dia berhijrah jauh ke negeri di bawah bayu. Bagi aku yang memandang mudah soal ini,aku berkeras ingin dia melanjutkan pelajaran ke sini. Beratus ribu lepasan SPM memohon jurusan perubatan dan dia terpilih. Kalaulah dia tolak tawaran gunung emas ini, aku rasa itu sesuatu yang kurang bijak dan pelik.

Hari ini aku ke sini lagi untuk menjemput dia pulang. Mak Lang ku tidak yakin untuk membenarkan dia pulang seorang diri dari UMS. Soal teksi,bas, itu dan ini, yang bakal memeningkan dan menyukarkan perjalanan balik. Jadi dihantarnya aku ke sini untuk menjadi pemudah cara. Aku ialah abang sepupu sulung yang sangat mengambil berat bukan saja soal pelajaran adik-adikku,tetapi juga sepupu sepapatku. Belah mak,mahupun belah bapak. Aku ke sini seorang diri. Menaiki penerbangan Air Asia yang memeningkan dengan seluar pendek dan selipar Crocs Danau Kota. Satu beg berisi laptop, pencuci muka dan towel ku galas kemas. Sampai di KK aku menghubungi temanku Rosbi yang rupanya sudah setengah jam menunggu dengan kereta Viva yang bakal ku sewa.

Santapan RajaGopal

Sekarang aku berada di Mc Donald berhampiran UMS melayari internet dan membuat rumusan perbincangan di Majlis Perbandaran Sepang dan Ampang Jaya. Memang mata mengantuk dan aku bakin aku boleh tidur bila-bila masa kerana seharian hari ini aku menjadi wireman di rumah. Aku tukar lampu mentol kepada kalimantang di belakang rumah, wiring semula fuse terbakar, pasang lampu kelip-kelip[tugas utama setelah ibuku bising lebih seminggu], dan juga membetulkan plug air-cond. Itulah untungnya ada anak lelaki[mak aku yang cakap!]. Walaupun aku boleh tidur di Tune Hotel,tapi setelah memikirkan itu tidak berbaloi, aku pon memilih untuk stay up. Boleh juga aku larikan budget hotel dengan membeli GCB dan Ayam Goreng McD! HAHAHAHAHA. Tapi mungkin sebentar lagi aku akan nap sebentar di dalam kereta. Penerbangan balik akan berlepas jam 10.55 pagi. Aku pasti kena pakai spek itam untuk menyimpan mata yang bakal bergelung hitam!

No comments:

Post a Comment