Monday, August 30, 2010

cerita seminggu part i

Terasa lama jari-jemari dibelenggu kesibukan kerja dan tanggungjawab lain..sehinggakan papan buruk ini lengang tanpa sebarang berita..maka dgn itu suka aku untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang seminggu aku tidak mengarang.bukanlah aku pergi umrah mahupun berhijrah ke luar negara..

Hari Pertama

Melihat pada gambar diatas,mungkin ramai yang sudah tahu dimana lokasinya..Inilah pandangan dari Putrajaya International Convention Center (PICC).Bukan New York apatah lagi Washington DC. Aku ke sini untuk bersama-sama rakan-rakan rumah seperti Mail,Ajib dan Kamal. Semua dengan bini tetapi gua sorang ja single :) Tujuan aku ke sini bukanlah menghadiri sessi perbincangan meja bulat tetapi kerana ada sale Metrojaya yang hebat. Sesudah dua hari berturut2 aku disini,berjaya juga Metrojaya merampok RM300 duit aku. Tetapi jangan tidak percaya. Dengan jumlah wang sebanyak itu aku mampu memiliki seutas tali pinggang John Langford,3 helai kemeja Alain Delon, 2 helai seluar D'urban dan juga 3 helai stokin Larrie.PUAS!

Hari Kedua

Sebelum berbagai spekulasi menerjah ruang ini,ingin aku nyatakan di sini yang sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan saudara yang tidak berambut dalam gambar di atas. Aku ketika ini sedang menjalankan tugas sebagai seorang rapportuer yang mencatit segala isi perbincangan meja bulat berkenaan Projek Blueprint Selangor 2011-2013 yang pada ketika ini Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai tuan rumah. Secara peribadi aku meminati tugas aku kerana aku dapat bergaul dengan berbagai-bagai ragam manusia yang berbeza kaum,pandangan politik dan DEMAND! Kebetulan Yang Berhormat kawasan ini yang berbangsa Cina menaja Majlis Berbuka Puasa pada hari itu..Selamat duit belanja aku.Terima Kasih YB!

Hari Ketiga
Rasanya ini kisah paling lawak dalam sejarah kehidupan aku.Aku dan pasar borong sememangnya bukan gandingan ideal. Pada suatu hari adikku mendapat tempahan makan untuk 23 orang pelajar kursus berbangsa Cina dan sudah pasti mereka tidak berpuasa. Jadi, makan pagi,tengahari dan makan malam peruntukannya RM20 satu kepala. Puas adik aku memujuk agar emak dapat menyediakan makanan2 tersebut. Tetapi mungkin kerana terlalu fokus dengan projek kuih raya,emak enggan untuk memberi kerjasama. Sedikit konflik kecil pon tercetus kerana adikku sudah berjanji dengan ofismatenya. Sebagai seorang abang aku merelakan diriku membawanya ke pasar borong di subuh2 hari setelah menu-menu disetup oleh adikku. Udang,ayam,ikan,buncis,daun kunyit,santan,epal dan macam2 lagi aku borong. Disebabkan aku pergi sebelum habis waktu sahur,tangan kananku sentiasa saja menggenggam erat botol air untuk diminum sambil bershopping ikan dan sayur. Alhamdulillah. Walaupun tanpa bantuan emak yang sememangnya expert dalam hal ini, gabungan mantap adik aku,aku dan Mak Long telah berjaya merealisasikan segalanya. Ini kesah bidan terjun tingkat 3!

Hari Keempat

Bukan saja nampak macam sedap tetapi memang sedap tahap dewa! Inilah salah satu kedai seafood di Kuala Selangor yang diberi nama Aroma kalau tak silap. Bukanlah aku ke sini semata-mata untuk melantak seafood ni. Tetapi pada awalnya atas urusan kerja rapporteur yang kali ini bertempat di Daerah Kuala Selangor. Kebetulan rakanku Mail bekerja di stesen Mardi Tanjung Karang. Aku dan Ihsan yang pada mulanya menumpang kereta orang sudah tukar plan mau balik sama Mail. Kami pon plan mau berbuka di sekitar Kuala Selangor. Walaupun terpaksa menolak belanja dari YDP untuk buka puasa bersama, tapi ke sini bersama Mail yang baru dapat bonus raya lebih besar maknanya. Mail sudah open table satu kali! Siakap tiga rasa,sotong goreng tepung,pari bakar,kerang bakar,sayur kailan dan telur goreng. Semuanya hanya RM70! alhamdulillah..kenyang dan berbaloi.Aku seakan sudah tertambat hati dengan Kuala Selangor berbanding Bagan Lalang. Mungkin angin tempat baru..

Bersambung.......


No comments:

Post a Comment