Friday, July 8, 2011

Bila Sudah Makan Gaji

BILA SUDAH MAKAN GAJI

Satu masa dahulu aku ke AAM Semarak
Jawatan Technical Manager siapa tak nak
Dua minggu aku membatu, mereka kata aku tak layak
Tak mengapalah. Status fresh grad siapa nak

Satu masa dahulu aku Elite Precision
Jawatan Project Engineer katanya dalam telefon
Sampai di Shah Alam, jawatan itu takde pun
Yang hanya ada jawatan Technicion

Satu masa dahulu aku ke Malaysia Automotive Institute
Research Officer. Dengar nama pun dah takut.
Temuduga bertiga, tak seorang pun sangkut.
Yang dah ada kabel lain kali tak payahlah ikut.

Satu masa dahulu aku ke Genting Sanyen
Bukan dekat-dekat, nun jauh di Banting
Calon-calon semuanya graduan Mechanical Engineering
Ditanya soalan pelik, aku sendiri pun pening.

Satu masa dahulu aku ke Ingenieur Keme di Shah Alam
Bos Melayu. katanya ilmu AutoCad aku belum cukup dalam
Nak digajinya aku seolah Pembantu Am
Kalau kau orang kena pun boleh pitam

Satu masa dahulu aku ke syarikat insuran AIG
Luar bidang tapi aku memang mahir Data Entry
Temuduga kedua hanya seorang yang dicari
Dari 4 calon aku tersingkir lagi

Satu masa dahulu aku ke Johnson Controls
Syarikat Amerika penuh prosedur dan protokol
Semua subjek sudah aku kaji dengan betul
Seorang Cina katanya aku tak tahu QA & QC Control

Satu masa dahulu aku ke Sapura
Bangganya kalau dapat berkhidmat syarikat Bumiputera
Lolos yang pertama aku ke temuduga kedua
Penuh dengan harapan akhirnya aku diberi kecewa

Satu masa dahulu aku ke Sony di Bangi
Mechanical Design Engineer, ini yang aku CARI!
97% untuk IQ dan temuduga aku rasakan lancar sekali
Ternyata mereka hanya mahukan orang yang pandai SOP
Disuruhnya aku fokus dengan automotive industry.

Satu masa dahulu bermacam syarikat aku pergi
Jobstreet, Mudah, JobsDb, JobsMalaysia, The Star, Utusan. apa lagi?
Career Fair sana, Job Fair sini
Tak cukup email aku hantarkan hard copy
Tapi bak kata orang Melayu "belum ada rezeki"
Bila dah penuh ilmu temuduga sebaldi
Dua minggu lepas aku cuba lagi

ALIF DIAMOND nama diberi
Tak payah ke Shah Alam hanya di Bangi
Baru 6 tahun beroperasi dalam O&G
Project Engineer calon dicari

Kali ini aku harus berhati-hati
Biar nampak pandir sebab kadang-kadang itu yang mereka cari
Soalan demi soalan aku jawab berbasa-basi
Adat padi semakin tunduk semakin berisi
Bila ditanya MS Project aku mengangguk depan MD
Depan beliau aku tunjuk simulasi

Dua minggu menyulam hajat
Tak putus doa ku panjat
Biarlah sedikit yang penting dekat
Kerna aku punya tanggungjawab lebih berat
Anak sulung, abang sulung, dan rakan-rakan satu tempat.

Petang Jumaat 8 Julai 2011 jadi sejarah
Penantianku yang kian membarah
Kini bertukar menjadi noktah
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

JudeLord-[Jumaat-sehari sebelum Bersih]

4 comments:

  1. congrats judin!!
    all the besh!! jgn sia2 kn peluang ini k..
    work hard!

    ReplyDelete
  2. Tahniah judin...dari gaya penulisan ko aku rase ko juga berbakat dalam kesusasteraan...dari video clip kau Salam Dunia aku rase kau layak mewarnai industri kreatif tanah air... ape pon teruskan perjuangan membalas budi ayahanda dan bonda serta keluarga tercinta. ayyap uia

    ReplyDelete
  3. congratz judin!best la post ko..keje leklok,balas jasa mak bapak :D

    -sab uia-

    ReplyDelete