Tuesday, July 5, 2011

Dhuha

Entah dah berapa hari kehidupan aku rasa keseorangan. Walaupun lepak dengan member2, tapi aku rasa kosong. Member2 pon ramai dah kahwin n sememangnya aku lepak sorang kadang. Mungkin orang pelik dah berbulan aku lepak kedai minum. Ape aku buat?

Banyak jugaklah aku buat. Dulu aku key-in segla data survey dalam SPSS. Bila kerja tu dah abes, aku banyak download pulak. Movies, series, softwares, YouTube clips n mcm2. Dan aku ni suka baca blog2 yang membawa 'pencerahan'. Gautama mendapat pengcahayaan Boh di bawah pokok. Tapi zaman skrg nih org enlightened depan PC. Tapi pastikan sumber nya betul dan guna akal untuk berfikir.

Aku selalu termenenung mengenangkan diri aku. Tak kerja. Dah pergi lebih 10 interview. Cita-cita bukan main besar nak pinang anak orang. Aku memilih sgt ke? Tak jugak.

Dari hari tu lagi aku dah bercadang untuk melakukan Solat Sunat Dhuha. Dan aku berniat bersungguh2 untuk menjadikan Solat Sunat ni amalan. Harap-harap aku konsisten dan istiqomah. Solat Sunat Dhuha mengingatkan kita kepada rezeki yang bakal diperoleh kurniaan Allah pada hari itu dan hari-hari akan datang. Fadhilatnya membuka pintu rezeki yang selama ini mungkin Allah tangguhkan kepada kita dan sesungguhnya Allah tu tak pernah lokek. Kita yang tidak meminta. Dah terlanjur aku bercerita, biar aku kongsikan sedikit ilmu yang aku sendiri tercari-cari selama ini.

Waktu Solat

Dhuha bermaksud pagi. Waktu afdal melakukannya iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Solat

Sama seperti solat fardhu, semua rukun solat hendaklah dibuat dari takbiratulihram hinggalah kepada memberi salam. Solat Dhuha boleh dilakukan dalam 2,4,6,8 hingga 12 rakaat dengan setiap kali solat 2 rakaat dengan 1 salam. Maknanya kalau nak sembahyang 8 rakaat, kita kena sembahyang 4 kali dengan 2 rakaat setiap kali.

Niatnya mudah saja. Niat dalam hati dengan lafaz ini:-


Selepas bacaan surah Al-fatihah pada rakaat pertama , kita digalakkan membaca surah As-Syams. Untuk rakaat kedua. kita baca surah Ad-Dhuha selepas bacaan Al-fatihah.

Tapi bagi yang tidak menghafal surah-surah itu, boleh juga membaca Ayat Kursi pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Sekiranya kurang fasih juga, blehlah dibaca apa pun surah yang penting ibadah kita ikhlas kerana mengingatkan Allah Taala Tuhan Pemberi Rezeki.

Doa-doa

Pada sujud terakhir setiap kali sembahyang, kita digalakkan membaca doa berikut 3 kali dalam sujud terkakhir tersebut. Ini doanya:-

Sebutannya buat yang keliru : Wahabli Ya Wahhabu 'ilma Wahikmatau Warzukni Yaa Rozzak Kulli Musahhala

Selepas selesai bersolat, janganlah kita lupa berdoa. Solat kalau tak berdoa ni seolah-olah kita sombong dengan Tuhan. Sombong dengan Allah, apa pun tak boleh. Ini adalah doa yang digalakkan selepas solat sunat Dhuha. Doa ini exclusive dan khusus untuk solat Dhuha.

Sebutannya buat yang keliru : Allahumma Innaddhuha-a Dhuhau-ka Wal bahaa-a Bahaa u-ka Wal jamaala Jamaaluka Wal quwwata Quwwatuka Walqudrata Qudratuka Wal 'ismata 'ismatuka. Allahumma inkana rizqi fis samaa'i fa anzilhu. Wa inkana fil ardhi faakhrijhu. Wainkana muassaran fayassirhu. Wainkana haraaman fathohhirhu. Wainkana ba'iidan faqarribhu bihaqqi Dhuhaika Wa Bahaaika Wa Jamalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatinii Maa Ataita 'ibadakas solihiin.

Maksud doa ni cukup cantik dan cukup menyejukkan hati hamba yang sememangnya ingin menyerahkan diri dengan ketentuan rezeki Tuhan.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Selesai.

Aku sendiri masih dalam 'bengkel' mengamalkan sunnah Nabi Muhammad ini. Aku berniat Allah mudahkan tubuhku dan akalku untuk terus istiqamah melakukan Solat Dhuha. Aku harap yang membaca boleh mencuba. Ketenangan hati tu kalau sekali dah dapat, manis seribu tahun. Bak kata M. Nasir "Menanti satu detik pandangan magisMu. Cukup untuk meredakan rindu duniawi".

2 comments:

  1. salam again..
    terkejut dgn tajuk 'Dhuha' coz saya baru selesai khatam novel bertajuk 'Demi Duha' yang mengisahkan banyaknya fadilat solat sunat dhuha.. x sangka en.judin pun sedang mengulas perkara yg same..
    semoga kite same2 dpt menjadikan solat sunat dhuha sebagai amalan.. insyaAllah.. carilah buku novel itu sekiranya berminat.. sgt menarik.. x sampai satu hari dh bis novel tue coz semangat nak tahu sume fadilat dan juga nk tahu penamat ceritanya.. ok, see u @ the next entry..
    renung2kan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  2. Wah..Alhamdulillah..Ade jugak 2,3 org membe post pasal solat Dhuha dan kebaikan untuk jadikan amalan. Ini sunnah yang nabi tak pernah tinggal. Di dunia akhir zaman nih, tak ada apa lagi yang dapat kita lakukan pada skala besar. Jadi untuk tujuan 'play safe' dan jihad diri sendiri, ikut sajalah Rasulullah SAW.

    Nak kata saya mengulas tu tak jugak. Saya pun taklah tinggi ilmu. Cuma berkongsi dan cantumkan apa yang saya tahu. Saya akan cuba cari novel tu. Nampak menarik. Demi Dhuha ialah Surah Dhuha kalau tak silap saya.

    Terima kasih. Semoga ingat mengingati ini dipandang tinggi Allah. InsyaAllah.

    ReplyDelete