Wednesday, June 29, 2011

Aku masuk asrama PEREMPUAN!

Seawal 6.30 pagi hari Selasa Jun 28 aku dah siap mandi, berbaju urban batik, dan deodorant Dashing murah dioles kemas di sekitar ketiak. Aku punya tanggungjawab besar hari ni. Aku menggantikan tugas arwah ayah untuk menemani adikku Nurhani ke Kolej Mara Banting. Walaupun sudah aku pastikan dengan alat canggih GPS yang jarak ke KMB hanya 27km, adikku yang boleh dikatakan agak skema ni memang tak biasa melengah-lengahkan waktu. Ciri-ciri orang berjaya agaknya.

Aku menekan pedal minyak Waja berkapasiti enjin 1.6 dengan sistem Campro ke sana. Ibuku risau yang kami belum sarapan dan enggan sarapan di KMB kerana tak mahu berebut-rebut dengan parents yang lain. Aku sampai di simpang KMB di Labohan Dagang sekitar 30 minit perjalanan melalui Precint 20 dan Pekan Dengkil. Kami bersarapan di sebuah kedai yang sudah aku lupa namanya. Tapi rasa masakannya aku ingat. TAK SEDAP!

Kami antara yang terawal sampai di perkarangan kolej. Di tembok hadapan KMB ini terpampang jelas perkataan 'International School'. Aku diberitahu program International Baccalaureate di KMB ini antara yang terbaik di dunia. Padanlah semua muka pelajar-pelajar yang aku jumpa ada yang rupa buku teks, ada yang rupa kalkulator, dan ada yang iras-iras tikus makmal. Aku puji sistem mereka mengatur majlis hari ini. Dari tempat parking hingga ke kolej, semuanya berjalan lancar dengan sistem yang kemas. Semuanya diatur oleh senior-senior. (Taklah senior mana pun!).

Bahasa pengantar di sini ialah Bahasa Inggeris sepenuhnya. Itupun aku maklum selepas salah seorang committee berbangsa Melayu menegurku yang sememangnya berwajah Melayu tulen,

"Are you registering?", tegur seorang gadis senior di situ.
"Yeah. My sister here", menjawab dengan slang Amerika celup
"This way please. Here is the flow chart for registration process", tambah dia kemas sambil memberikan sekeping kertas merah jambu.

Hmmm..Aku risau kalau-kalau soalan yang sama diajukan kepada makcik-makcik yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Dah tentu berat mulut nak menjawab. Aku dan ibuku menunggu di kawasan menunggu sambil membaca risalah-risalah yang diberikan.

Ada muka yang macam buku teks, macam kalkulator dan tikus makmal

Sambil menunggu aku merenung seorang demi seorang mereka yang berbaris. Mereka ini semua pelajar-pelajar cemerlang tahap dewa di sekolah masing-masing. Aku terfikir macam mana keadaanya apabila semua bijak pandai ni dikumpulkan dalam satu tempat di KMB. Dah jadi macam sekolah X-Men ataupun Hogwarts tempat Harry Potter tuh. Tapi ada jugak yang bertshirt kolar bulat datang mendaftar. Tanpa kompromi, terus kena tukar baju. Ada kaunter Rupa Diri dimana pakaian pelajar akan diperiksa untuk memastikan mereka berKASUT, berSTOKIN, berBAJU KURUNG, dan kemas.International sungguh! Bosan menunggu, aku pun mengajak ibuku ke Dewan Besar kerana terdengar pengumuman yang mereka sedang tayangkan persembahan multimedia.

Bazaar yang dikelola para pelajar. Bolehlah beli barang-barang persiapan last minute

Signboard angkuh depan dewan besar


Rasa sedikit tua bila berada dalam ni. Oh damn!

Tak lama disitu adikku memberitahu yang dia sudah selesai mendaftar dan kami terus ke kolej kediaman menaiki kereta. Nasib baik boleh bawak kereta dan nasib baik juga adik aku dapat tingkat satu. Kalau nak berjalan kaki dengan luggage dan segala khazanah adik aku ke kolej, 2 hari setengah baru sampai!

Sampai di kolej blok D, geng-geng committee menyambut mesra kedatangan kami. Jangan risau tentang penat. Mereka akan beramai-ramai tolong angkat semua barang. Sekali jalan je.

"This is the only day yang men can enter the college tau" gurau salah seorang mereka kepada aku.
"Oic. Never mind. I don't feel it's a kind of privilege pun" sambil sengih aku jawab.

Di tempat parking, aku dapat simpulkan sesuatu. Rata-rata kereta ibubapa yang ke sini bukan buatan Malaysia dan model-model yang menggerunkan. Range Rover Sport, Mercedec CLS 350, BMW 5xx, Nissan Fairlady, Toyota Alphard Vellfire, Chevrolet Cruze, Toyota Camry, Honda Insight dan macam-macam lagi! Aku rasa kerdil. Dalam hati aku terfikir adakah ini tempat anak-anak orang kaya dikumpulkan? Kalau kaya, kenapa perlu biasiswa? Macam mana pergaulan mereka nanti? Harap-harap mereka kaya dan berkasta tinggi tapi tidak berperangai tipikal.

Persediaan dari rumah membawa kain buruk, suratkhabar, penyangkuk, penyapu dan macam-macam alatan pertukangan memang berguna keran semua itu tidak disediakan. Kami terus menukar cadar, memasang lapik meja, membersihkan loker, memasang langsir dan kerja-kerja menggantung pun bermula. Adik aku gantung Today's Advice laa, kalendar majalah Seventeen dia, and stuffs yang dia rasa konon-konon comel. Urghhh! Girls...

Kolej kediaman Blok D. Bersih kan?


Muka control tak sedih. Tiap-tiap minggu nak balik

Adik aku beruntung kerana mendapat seorang roommate dari Kuantan yang kakaknya pernah belajar disini. Kakaknya memberitahu yang beberapa benda penting yang ingin aku kongsikan di sini

  1. Tilam hendaklah dijemur terlebih dahulu kerana kadang-kadang terdapat pepijat yang gersang setelah lama pelajar bercuti.
  2. Jadual kutipan dobi di blok D adalah hari Selasa dan Khamis. Pastikan bakul baju penuh sebelum hantar ke dobi ataupun kongsi dengan roommmate supaya penuh. Makcik dobi agak emosional dan tidak akan melayan bakul separuh apetah lagi kalau setakat ada stokin dan boxer SpongeBob.
  3. Bawa langsir satu panel supaya dapat menutup ruang hadapan sebelah pintu dari diintai tetamu yang tidak diundang.
  4. Part paling best! Buku-buku teks peninggalan senior ada di common room dan memang untuk diwakafkan. Semua buku terutama silibus IB memang mahal dan peluang ini peluang bonus. Siapa cepat dia dapat!
  5. Blok D merupakan blok yang paling bersih dan tidak mengalami masalah gangguan bekalan air. Bersedialah untuk menerima kunjungan pelajar blok lain dan bersuaikenallah di bilik air.
  6. Kemudahan elektrik di plug akan dicatu jam 2.00 pagi hingga 12.00 tghari. Ini membuatkan pelajar-pelajar yang ingin mengecas laptop dan berwebcam dengan pasangan masing-masing waktu lewat malam terganggu. Updatelah FB sebelum pukul 2 pagi.
  7. Pelajar perempuan Cina kadang-kadang TERbuat bising apabila bertegang lidah dengan BF. Cara mengatasinya : Bawa kapas dan sumbat telinga. Kalau berani sumbat mulut diorang.
  8. Makcik dobi emosional. Makcik kantin emosional. Makcik cleaner paling terbaik dan memahami.
  9. Tiada HANTU, NYAMUK, SERANGGA BERBAHAYA, dan HAIWAN LIAR dikhabarkan. Cuma ada pelajar lelaki gersang (pernah berlaku). Ini kira kategori HAIWAN LIAR MERANGKAP HANTU BERBAHAYA.
  10. Surau di tingkat atas. Kadang-kadang terlalu sempit untuk solat di bilik sendiri.
  11. Bersedialah untuk membuang perkataan SOCIAL dan LIFE dari kamus hidup selama 2 tahun!
Tu dia. Segala jenis buku. Sarat dengan ilmu.

Aku ucapkan selamat berjuang buat adikku Nurhani Mat Razali. Dia ditinggal ayahnya buat selama-lamanya waktu berusia kurang setahun. Itu yang aku selalu fikirkan. Dari mana datangnya kekuatan dia, aku pun tak tahu, Tuhan Maha Kuasa! Dia hanya ada ibu dan aku sebagai abang sulung yang akan pastikan dia dapat segala-galanya. Education yang baik, kawan yang baik, pakaian yang baik, makanan yang baik, lifestyle yang baik dan masa depan yang lebih baik dari diri aku sendiri. Good luck!!!


1 comment: