Thursday, June 23, 2011

Interview...lagi

Dua hari lepas aku bangkit dari tidur jam 10 pagi. Di skrin telefon bimbitku terpapar 2 missed calls dari nombor yang tidak aku kenali. Menggunakan pangkal 038922**** aku sudah dapat mengagak bahawa pemanggil sudah pasti dari area Bangi. Terus aku teringat Kayla isteri kepada sahabatku Kamal yang pernah menelefon aku untuk mengejutkan Kamal dari tidur. Kayla baru sahaja melahirkan seorang putera bernama Harith dan kini menjalani pantang bersalin di rumah ibunya di Bangi Lama.

"Hello..Kayla eh?" Tanya aku spontan selepas mendengar suara wanita seakan Kayla
"Sorry..Alif Diamond" Jawab perempuan itu lembut

Aku yang terasa malu terus meminta maaf dan meletakkan telefon. Selepas dua minit berfikir baru aku sedar dari mamai tidur. Rupanya itu syarikat oil and gas yang pernah aku apply dulu di Bandar Baru Bangi. Tanpa segan silu terus aku dial semula nombor keramat tadi

"Assalamualaikum..Saya Hafizuddin. Baru saya perasan yang call ni Alif Diamond ye? Telefon untuk jawatan Project Engineer tu ke?" Tanya aku senafas.

"Ya. Nama awak dah shortlisted untuk hadiri interview. Ni mesti bangun lambat ni"..Setepek aku diperli oleh perempuan ni.

Setelah selesai berbual aku tersenyum memutuskan panggilan. Wah!! Project Engineer!! Bandar Baru Bangi!! Oil and Gas!! Best gile!! Hahahahahaha. Itu reaksi ringkas dan spontan bila aku mendengar nama Alif Diamond.

Semalam aku ke HQ Alif Diamond di Bangi untuk sessi temuduga. Tunggu hampir sejam di bilik menunggu dan akhirnya giliran aku tiba. Kali ini aku pastikan yang setiap kata-kata dan bukti-bukti kebolehan aku dipendam terlebih dahulu. Aku berlagak seperti seekor keldai. Tapi madah berhelah tetap ada.

"You have a very good character as a Project Engineer" kata Biz. Dev. Manager. Aku menyambut mesra pujian tersebut.

Aku punya seminggu masa untuk menantikan jawapan yang bakal merubah kehidupan aku seluruhnya. Dengan expected salary RM2000 aku rasakan sudah memadai untuk ke tempat kerja yang jaraknya kurang 10km pergi dan balik. Selain itu, ini platform terbaik sebelum aku sendiri serius menceburi bidang perniagaan ONG. Harap semuanya lancar. Ammin.

1 comment:

  1. hye.. why dont u further ur studies?
    ke x berminat nk sambung dh..
    dah penat tgk engine kereta yer.. heheeh

    ReplyDelete