Tuesday, June 21, 2011

Senandung Penganggur 9 Bulan

9 bulan sememangnya perkataan yang sinonim dengan kaum ibu. Tapi bagi aku ia seakan taboo..

9 bulan sudah berlalu

Kiri kanan cerita baru

Yang dulu dara kini bergelar ibu

Yang teruna khatam quota nombor satu

9 bulan terus berlalu

Kau berkereta aku segak berkuda kayu

Beli Honda katanya Proton tak laku

Dihulurnya jemputan housewarming rumah baru

Alhamdulillah. Rezeki Tuhan. Semua pun tunggu.

Baru 9 bulan. Entah-entah lagi seminggu. Siapa tahu.

Aku terus diperdaya masa

9 bulan aku rasa macam sepurnama

Hakikatnya kau dah jalan berdua

Belum cerita yang dalam stroller

Malam Jumaat penuh cerita

Yang bujang ternganga-nganga

Menongkat dagu atas meja

Kini kita berlainan liga

Kau EPL aku Liga Malaysia

Kau American Idol aku hanya Akademi Fantasia

Kau jurutera aku hanya mahasiswa

Namun persahabatan tetap milik kau dan aku

Cartamu bergerak pantas macam peluru

Cartaku bertatih-tatih tak bersepatu

Sana sini cari hala tuju

Itu bukan alasan untuk aku tertunduk malu jauh sekali cemburu

Standard lah hero kalah dulu

Yang pasti kau dan aku bukan seteru

Ada masa kita bertemu di Ali 1

-Dipetik dari kitab purba Maulana Al-Attas

No comments:

Post a Comment