Sunday, June 12, 2011

kahwin lagi

Ada yang panggil Majlis Perkahwinan. Ada yang bajet Arab panggillah Walimatul 'Urus. Ada yang bajet urban panggil Wedding Ceremony. Bagi aku yang berdarah Melayu mix Jawa ni aku panggil kenduri kawen je. Apapun bunyi dan sebutannya, ia tetap bermaksud suatu majlis bagi meraikan pasangan pengantin yang telah selamat dinikahkan dan majlis memberitahu sekalian alam kalau boleh tentang pernikahan tersebut.

Sudah lebih sebulan, setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad, aku tidak pernah lekang dengan kenduri kawen. Tapi tidak dinafikan jugak ada beberapa jemputan yang tak sempat untuk aku hadir kerana faktor jarak dan masa. Sudah menjadi kewajiban sebenarnya untuk menghadiri majlis ini sekiranya kita dijemput. Tapi kalau dah sampai 4-5 kenduri sehari, aku sendiri tak larat nak bau nasi minyak. Togok sirap aje laa.

Hari ini aku menghadiri kenduri kawen seorang sahabat baik ketika di Matrikulasi UIAM dulu. Namanya Mohd Yusof B Wahab. Perjalanan dari Kajang ke Klang melalui LDP dan KESAS mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan kadar tol RM5.40. Tiba di sana aku gembira kerana dapat bersua muka dengan teman-teman lama. Naeem Sharipan(Pimp) dan tunangnya Faizah, Naim Kudori(Ngader) dan isterinya yang sarat mengandung, Shahdan Mat Said (Adan) dan juga Saifuan Salim (Puang). Selesai menjamah hampir 4 cawan jeli kelapa, aku pun bertemu pengantin dan berpeluk mesra mengucap tahniah. Yang tak berapa sedap didengar, pengantin mengadu sakit belakang di hari persandingannya. Katanya kena buatan orang. Wallahu'alam. Usop merupakan sahabat yang pernah sama-sama memanjat pagar bangunan Intan di PJ hanya untuk mendapatkan sebungkus rokok. Waktu itu tekanan memuncak untuk menghabiskan ulangkaji subjek Chemistry II yang akhirnya aku repeat!

Tahniah buat Yusof dan Haslinda


Dari lebuhraya KESAS, aku memecut laju melalui NKVE dan selesai di Jalan Duta. Terus lagi aku memecut dengan soundtrack Pop Shuvit-Marabahaya meninggalkan Damansara melalui DUKE. Sebelum tu, aku berterima kasih kepada pemaju lebuhraya DUKE kerana telah banyak membantu perjalanan warga kota. Keluar di Wangsa Maju terus aku ke rumah nenda untuk mengambil keluarga aku ke 'garden wedding' anak kepada rakan karib mak aku di Kampung Baru dulu. Di tebing Tasik Titiwangsa, aku hanya larat menjamah Yong Tau Foo seketul dua. Garden wedding?? OMG!! Urbannye! Di hadapan kad jemputan terpampang jelas "Engr. Muazan & Dr. (tak ingat nama)". Hm...kalau macam ni, postman pun nak jugak. "Posmen Abu & Tukang Masak Yah"

Balik dari Wangsa Maju, terpaksa melayan karenah peminat bola fanatik Red Warrior tersidai-sidai di MRR2 menghala ke Bukit Jalil. Rebah ditikam skuad Penyu dengarnya. Alhamdulillah. Aku punya tugas getir untuk diselesaikan. REWANG! Rewang yang boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja menguruskan majlis perkahwinan perlu diselesaikan. Sahabat baik dari sekolah rendah, walaupun berparut di dahi, Mohd Ismail Ab. Rahman tetap laku. Puaslah aku merebus telur, memasang dan menyusun meja dan bergadai nyawa memasang papantanda di susur-susur keluar lebuhraya. Dengan singlet hitam, aku dah rasa macam Tumulak dalam filem Kongsi. Pukul 4 pagi baru sampai rumah! Esok? Rewang lagila jawabnya..

Kerja-kerja menggadai nyawa

No comments:

Post a Comment