Friday, June 17, 2011

Sahabatku Aiman Isa

Malam tadi aku seperti biasa ke Ali 1 Bistro. Perut sudah padat dengan satay Willy Sg. Ramal yang menjadi makan malam sempena menyambut ringkas hari lahir Mak Long. So, aku ke Ali 1 Bistro untuk mencari secawan dua air berlimau. Terkejut bila Aiman yang aku kenal jarang-jarang keluar malam menghantar SMS,

"Judin..mane?Ali 1?Sape ade?"
"Aah..sorang je" Aku menjawab ringkas.

Tak sangka kurang 20 minit Aiman pun tiba di Ali 1. Aku ingatkan mau bincang perkara-perkara mengenai offer ibunya kepada aku untuk menjadi RA di UPM. Rupa-rupanya memang dia ke sini nak lepak minum. Aku yang pada mulanya ingin menyambung kerja-kerja key-in data terhenti. Apa salahnya aku layan Aiman yang jarang-jarang lepak berdua dengan aku. Aiman punya masalah sendiri. Isterinya Arfah yang kini bertugas sebagai guru di Tawau tidak dapat ditukarkan ke semenanjung walaupun sudah 4 kali rayuan pertukaran dibuat. Berbagai prosedur dan karenah birokrasi dihadap penuh sabar dan tanpa sebarang 'kabel sakti'. Namun semuanya gagal. Aku sendiri faham keadaan di mana seorang suami terpaksa berpisah dengan seorang isteri buat jangkamasa yang lama dan terbelah dek Laut China Selatan. Jalan terakhir yang difikir sesuai oleh Aiman sekeluarga ialah membatalkan kontrak dengan Kementerian Pelajaran dan membayar balik sejumlah RM80000.Wow!!Sukar.Payah.Serabut.

Aku pula menceritakan masalah aku satu per satu. Berbeza dengan rakan lain, Aiman mungkin tidak berapa fasih dilema yang aku hadapi sejak kebelakangan ini. Terpaksalah aku 'rewind' dari awal dengan soundtrack Ukiran Jiwa dari Awie. Aku punya cita-cita. Aku punya cinta. Yang cita-cita tergendala. Yang cinta entah ke mana. Semuanya kabur. Kurang jelas. Aku titipkan satu persatu masalah aku dan Aiman nampak serius mendengar. Mengangguk-angguk seakan faham. Membalas kemas seolah-olah dia berpijak di pentas yang sama.

Dia juga pernah memikirkan untuk menikahi Arfah sewaktu masih belajar untuk menyelesaikan beberapa masalah dan pertanyaan. Namun itu bukan penyelesaiannya. Aiman mengambil langkah untuk bertunang terlebih dahulu. Setelah tamat pengajian di UIAM dan sewaktu masih di Akademi Pilot, Aiman mengambil keputusan menikahi Arfah yang pada ketika itu sudah diarahkan bertugas ke Sabah. Dengan harapan KPM akan mempertimbangkan rayuan keluarga Arfah untuk dia berkhidmat di Semenanjung.

Aku minum 2 gelas teh o ais limau dan Aiman cukup sekadar segelas jus oren tanpa gula. Teguk demi teguk dan entah berapa batang Dunhill akhirnya membawa aku ke penghujung cerita. Aku yakin Aiman pulang sarat dengan kisah hidup aku. Aku yakin sebagai seorang Aiman yang aku pernah kenal, kepalanya ligat memikirkan cara terbaik untuk menolong aku. Dia tidak sedar, dengan hanya mendengar dan mengangguk sudah cukup untuk aku melupakan seketika dilema-dilema yang sedang aku hadapi. Terima Kasih Sahabat! Ada masa kita jumpa lagi.

2 comments:

  1. ooo satu sekolah ngan Aiman Isa yer.. dua pupu saya tue.. handsome boy.. hehe.. semoga pengorbanan beliau dan isteri utk bersama diberkati Allah dan semoga rezeki mereka terbuka luas ditempat lain..

    ReplyDelete
  2. Ammin..insyaAllah..mmg sy best friend Aiman pon..dari skola lagi..

    ReplyDelete