Tuesday, June 14, 2011

Lotus..oh Lotus

Semua orang mempunyai impian mereka sendiri. Begitu juga dengan aku (ayat karangan Darjah 6). Aku mengidamkan untuk bekerja dengan mana-mana syarikat automotif terkenal dunia seperti Lotus, Holden, Pontiac, McLaren ataupun yang paling cikai Proton. Dua tiga hari nih aku berhempas pulas membuat cover letter dan resume yang paling terbaik untuk dihantarkan kepada Lotus yang sedang mencari Project Engineer baru. Apa yang aku sedar, cover letter kali ini aku karang sehabis baik dengan intonasi menarik ala-ala pelajar jurusan Bachelor English.

Walaupun tanpa pengalaman kerja, aku cuba yakinkan HR di Lotus yang aku punya banyak pengalaman mengendalikan projek yang melibatkan teknikal mahupun pengurusan. Bermula seawal di Pusat Matrikulasi UIAM di PJ aku sudah mula berjinak-jinak dengan projek. Waktu itu aku Team Manager untuk sebuah pasukan bernama XeraTech. Sekumpulan pelajar lepasan SPM seramai 10 orang berjaya mencipta spek mata bagi membantu orang buta berjalan. Disebabkan projek tersebut mempunyai nilai tambah yang Islamik selain rekaannya yang menarik, Xeratech berjaya mendapat tempat ke-2 dan aku dinobat sebagai The Best Manager Land of Enginesia 2003.Manis!

Aku dan Autogala 2008

Di main campus UIAM Gombak cerita aku dan Autogala 08 tidak dapat tidak menjadi buah mulut pelajar-pelajar junior. Rasa macho membuak-membuak setelah berjaya menjadi Program Manager bagi event bertaraf antarabangsa itu. Aku kenal ramai figura hebat dunia permotoran nasional sepanjang event ini. Dan tiba di tahun 2010, kejayaan menempatkan diri di dalam kumpulan Gener8 yang mewakili UIAM dalam Shell Eco Marathon Asia 2010 membuatkan aku mengakhiri zaman kampus dengan penuh rasa puas. Bukan senang nak mencipta sebuah kereta hibrid berkuasa 50cc dan berjaya berjalan beratus kilometer. Aku dianugerahkan ahli-ahli kumpulan yang sememangnya hebat dari segi teori dan praktikal dalam disiplin kejuruteraan. Macho! Hebat!



Tapi musykilnya, aku masih belum dapat kerja. Musykil. Bingung. Bengang. Tak faham. Menggelabah. Aku harap dengan RM 5.75 yang aku belanjakan untuk mengeposlaju permohonan sebagai Project Engineer di Lotus Engineering Malaysia siang tadi berbaloi. Doakan aku. Aku juga ingin berjaya. Dan berumahtangga. Sekian

No comments:

Post a Comment