Wednesday, June 8, 2011

azam baru

Dah naik muak jugak aku dengar perkataan azam baru nih. Tapi terpaksa jugak aku gunakan sebab aku tatau mau guna perkataan apa. Azam baru aku ialah untuk menulis blog sehari satu entri. Bukan apa. Aku anggap ni macam diari elektronik aku laa. At least boleh jugak aku baca balik kalau aku terlupa tarikh apa-apa yg berlaku.

Hari ni aku dari pagi dekat library Precint 16 Putrajaya. Key in semua data-data survey yang dah berbulan aku buat nih. Bayaran? Belum lagi dapat full. Tak banyak pun. Nak buat beli cincin belah rotan pun tak cukup. Cincin rotan insyaAllah. Tapi mau kena jamung aku dengan bakal bapak mentua bawak cincin rotan. Baik aku bawak cincin gula-gula je.

Selain dari cincin belah rotan, hari ni 8 June 2011, ialah hari yang bersejarah buat sahabat aku Akmal Saharudin yang baru sahaja berglear bapa. Sempat jugak aku pesan dekat dia malam tadi "Man..kalau bini kau bersalin pagi nih, jangan pulak kau azan kuat sangat. Sakit telinga budak tuh nanti. Menggelupur satu hospital ingat dah Subuh". Saja aku mengusik dia yang kelihatan resah. Maklumlah.. nak jadi bapak.. Lepas tu nak kena 'puasa' pulak berbulan. Main PSP dan Facebook jelah jawabnya.

Aku sendiri tatau bila aku boleh beli cincin belah rotan. Ape ntah lagi jadi bapak budak. Semua tu masih kabur. Walaupun kemas dalam carta senapang (gun chart) aku sendiri. Tapi pokoknya, aku belum punya kerja tetap. Entah kenapa aku tak diterima kerja, aku sendiri tak pasti. Dah dekat 10 interview aku pergi. Satu pun tak lekat. Ramai orang kata belum rezeki. Jadi hari ni, sambil lepak-lepak library, aku terus cari-cari rezeki tu. Tapi bukan dekat Jobstreet. Sebab kalau cari kat Jobstreet, lebih baik korang pergi Petronas tu,jumpa CEO dan cakap "Tuan,saya nak jadi CEO ganti tuan dalam syarikat ni". Sama je tak dapat!

No comments:

Post a Comment