Saturday, June 11, 2011

sepatutnya

Baru nak mulakan azam baru, terjadi peristiwa 8 June 2011..

Sepatutnya hari itu aku mengajar buat kali terkahir dan membuat ujian kepada dua orang anak muridku Anum Syahirah dan Syahril. Kertas ujian dah disediakan dan aku ingin menyampaikan amanat2 terakhir buat mereka.Sebagai guru tuisyen sambilan dan kontrak sepanjang cuti sekolah, aku sememangnya amat komited dengan kerja-kerja aku.

Sepatutnya hari itu juga selepas habis kelas tuisyen aku akan bergegas ke Bukit Komanwel untuk berjumpa seorang wanita pertengahan umur untuk COD (Cash on Delivery) sebuah beg untuk kegunaan adik aku ke asrama Kolej Mara Banting. Aku sememangnya inginkan yang terbaik untuk adik aku dan aku dah pun berjanji untuk mengambil beg tersebut malam tu.

Sepatutnya juga, selepas aku ke Bukit Komanwel, aku akan ke Ali 1 Bistro (HQ aku) untuk berjumpa pakcik aku dan menyerahkan PSP yang telah aku setup kepada anaknya sempena menyambut hari lahirnya yang ke-7. Sebagai sepupu paling sulung dalam keluarga, tanggungjawab abang sepupu sememangnya besar. Rasa nak tolong semua sepupu sepapat.

Aku yang sememangnya keletihan sejak kebelakangan ini sering saja tidur sebelum waktu Maghrib.Walaupun berstatus penganggur tegar, aku macam sibuk dan kelihatan menyibukkan diri. Berulang alik aku ke Hospital Putrajaya dan Serdang untuk melawat nenek saudara yang sememangnya rapat dengan famili aku. Bawakan makanan,buat lawak, menyuap makanan dan memberi kata-kata semangat sememangnya dah jadi rutin famili aku kepada Allahyarhamah sejak kebelakangan ini.

Diserang 4 penyakit serentak, kencing manis, sakit jantung, paru-paru berkuman dan buah pinggang rosak sememangnya bukan mudah. Arwah hanya sempat hidup lebih kurang 2 minggu dari tarikh disahkan penyakit-penyakit tersebut. Aku menyaksikan nafas terakhir arwah dihela di atas katil wad CCU Hospital Putrajaya jam 8.00 malam 8 Jun 2011. Teringat kisah-kisah nabi yang sering arwah ceritakan sewaktu aku kecil. Memandangkan aku cucu sulung seluruh keluarga belah ibuku, aku yang paling kerap mendapat perhatian dari nenek dan atuk saudara. Berbakul2 permainan mereka ni belikan setiap kali ulangtahun hari lahir aku.

Kelalaian pihak hospital membuatkan aku sudah kurang senang dengan sistem kecemasan dan karier kedoktoran. Kalau hanya tahu makan gaji dan tunjuk pandai, persetankan ikrar doktor kau orang semua. Allahyarhamah Che' Yah Bt Abu Bakar selamat disemadikan di tanah perkuburan Bagan Lalang jam 11 pagi 9 Jun 2011. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.Ammin..

No comments:

Post a Comment