Aku datang bukan kerana lawan
Dalam delima menurut perintah dan titah
Tokei Cina dah lama pulang
Hambalah aku bertopeng pejuang
Emas hitam hilang pada satu jajahan
Kini rakus melombong emas
di satu bumi yang nyatanya Perak
Habis emas habislah perak
habis perak besi bukan ku cari
Dilema datang lagi
Kali ini mana emas hendak ku gali?
-JudinDaGreat-
16 Feb 09
5.20pm
![](http://www.exquisitesafaris.com/images/journal/creative_capitalism.jpg)
No comments:
Post a Comment