Friday, November 20, 2009

cinta untuk nabila

Masih aku tertanya2 sehingga ke hari ini siapakah gerangannya susuk Nabila yg diangkat sebagai puteri oleh Rosli Selasih dalam lagu Cinta Untuk Nabila dendangan Melissa sekitar awal 90-an itu..Lagu ini telah berjaya melonjakkan nama Melissa sebaris band2 rock senior yg lain pada ketika itu..Secara peribadi,aku sememangnya menggemari melodi dan lirik lagu ini..semacam ada satu penyatuan emosi dan lontaran perasaan berat kepada insan yg disebutkan sebagai Nabila dalam lagu tersebut..

Tetapi bukanlah teknikal lagu yg hendak aku coretkan di sini..Sejak habis exam semalam,aku rakus memutar playlist peribadi lagu2 rock timur sekitar 80-90'an.. Search,Sweet Charity,Lefthanded,Rusty Blade,Bloodshed,BPR,SYJ,Melissa,Gersang, Febians, Ella and The Boys, dan beberapa legenda yg lain..dalam masa yg sama ligat aku memikirkan fenomena rock yg melanda tanahair ketika itu..semua org mau jadi rockers..sama seperti kebanyakan yg gila indie zaman skrg..rockers mau rambut panjang,seluar ketat,berkaca mata hitam siang malam,berjaket tak kira masa..rock and roll saja siang malam..usung gitar tua ke sana sini..konsert pulak seakan2 satu pesta yg wajib untuk pergi..nak tau org melayu gila konsert atau tak,carilah klip konsert percuma Sudirman di Chow Kit Road tahun 1986..silap2 parents korang pon ade..tak termasuk konsert2 di sekitar ibukota yg lain seperti Ipoh dan JB..fun fair pulak jd tumpuan kalau2 ada band rock yg menggegar pentas..imej rock dan keperibadian seseorang rocker itu sehingga ke zaman ini masih didiskriminasi dan dikritik hebat oleh segelintir golongan yg kononnya menganggap dirinya lebih mulia dari org lain dan membelenggu diri dgn status anak kota yang borjuis..kadang2 lu org mau tau jugak secara psikologi dan antropologi kenapa agaknya budaya rock dan muziknya mudah diterima dan diadaptasi di negara2 dunia ketiga..dah buat kajian baru kasi kesimpulan..aku sememangnya mempunyai prejudis aku sendiri..bagi aku rock satu bentuk attitude seorang pejuang yg gemarkan aggresiveness dan pejuang yg gugur dalam medan seni seperti ini aku angkat sebagai patriot..lebih kepada rock timur,aku menganggap itu satu bentuk tradisi yg klasik seperti sambal belacan dan kuih bahulu..tidak eksklusif untuk sesetengah pihak..bersifat autentik dan dahagakan preservation dan bukan pembaharuan..bohemian seperti aku sememangnya bukan jenis suka memBangsarkan pasar Chow Kit mahupun memPavilionkan Kompleks Pertama.

Dalam mencari konklusi dan misi perjuangan itu, tidak dinafikan ada yg hanyut..atas dasar itulah perlu ada satu bentuk fundamental yg kukuh dalam diri yg berdiri atas paksi2 ilmu dan pemerhatian yang mapan..mungkin ramai antara kita yg tahu ttg Ustaz Akhil Hayy yg pernah menjadi vokalis untuk sebuah band rock bernama Riyadh..video klip lagu Melodi Cinta Lama band ini sudah cukup untuk menceritakan betapa 'besar penghayatan glam rocknya ketika itu..aku meminati ceramah2 Ustaz Akhil sewaktu beliau aktif bersama sebuah parti pembangkang..mcm2 pendekatan digunakan untuk menyampaikan mesej..dan kini beliau bergerak aktif secara total dengan syarikat2 broadcasting dan namanya semakin disebut2 apatah lagi setelah dibalut kontroversi dgn penyanyi Waheeda..mungkin ramai yg beranggapan transformasi dari seorang rocker kepada seorang insan seperti dia adalah satu bentuk come back yg bersifat populis dan inginkan sanjungan..tapi ternyata itu bukan realiti..macam mana pulak dgn Amy Search..beliau tak perlukan come back kerna namanya dan band Search sudah cukup established..lagu Isabella sendiri dah seolah2 macam lagu Negaraku yg hampir semua populasi bangsa melayu hafal..dan kini beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti amal dan dakwah bersama rakan2 lain seperti Renggo Arrow dan Ito Blues Gang..Alhamdulillah..bak kata org kebanyakkan "Dah jadi orang pun"(abeh tu sebelum nih apa?binatang?).Aku gembira bukan kerana mereka sudah pandai berdakwah dan beramal. Tetapi aku gembira kerana mereka dah pon berjaya zahirkan intipati seni dan penghayatan yang dikendong mereka bertahun2 dalam satu medium yg dicaci dan dijelek masyarakat..medium muzik rock!medium sahaja berbeza saudara saudari..lagu Seruan dari Lefthanded ataupun Alam Barzakh dari Wings sama saja mesejnya dengan Pergi Tak Kembali dari Raihan..nak pergi Alor Star dari JB ada yg naik Kancil dan ada yang naik Mercedes..lambat atau cepat saja mau sampai..yg penting driver tak mabuk dan di bawah pengaruh dadah..

Kesempatan aku bertemu dengan Ustaz Radzi di satu surau di ibukota satu masa dahulu mmg suatu input besar dalam hidup aku..mungkin ramai yg asyik dgn Lagu Untuk Nabila kerana melodinya ataupun liriknya..tapi tak kurang juga yg meminati kelunakan suara vokalis band ini..Ustaz Radzi ialah bekas vokalis kumpulan Melissa yg satu ketika dahulu mmg 'kangkang' abes..dan kini dah pon beralih arah dengan mengabdikan sepenuh masa sebagai pembantu imam di Jabatan Agama Islam Kedah dan pendakwah bebas..setelah puas berendam dunia populariti akhirnya Ustaz Radzi pulang ke kampung asal untuk mendalami ilmu agama di Maahad Tarbiah Pokok Sena..sememangnya fundamental rocker ini hebat setelah bertahun menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star sebelum bergelar Radzi Melissa..begitu juga dengan saudara Farihin Abdul Fattah yang pernah menganggotai band Plasti Surgery satu masa dahulu..kini giat bergerak dalam menghasilkan measterpiece seni yg menarik antaranya penubuhan kumpulan Raihan..

Jalan lain pula yg dipilih oleh ikon muzik ataupun sifu M.Nasir..aku sememangnya sudah sebati dengan karya2 beliau yang sentiasa sahaja mengajak pendengar untuk meneliti dan ambil berat ataupun sekurang2nya pandang dan membuat mereka celik..dari lagu2nya aku matang mengenali dunia dan pandai mengkadar diri..bagi aku beliau merupakan karyawan dan penghibur yg egaliter dan sesuai sepanjang zaman..dari zaman Kembara hinggalah bergerak solo..sentiasa saja sarat dengan isi2 enlightenment dan transformasi bangsa..

Mungkin tak ramai yang membaca tulisan usang aku ni kerana mungkin panjang dan kabur..ramai yg memilih untuk mendengar dari membaca..tak menjadi hal..itulah rasionalnya melodi..kerana itulah mesej mudah disampaikan melalui berbagai2 bentuk alunan irama..rock,balada,pop,nasyid,jazz,bayati 'asri,nahawand,sikah dan berbagai2.. kita serupa..semoga semuanya jelas..


Amy Search membentangkan pelan Maahad Tahfiznya


Melissa-Ustaz Radi 3 dari kiri


Gambar Keluarga Ustaz Radzi kini

Ustaz Akhil Hayy sewaktu bersama Riyadh

p/s:-apada khutbah jumaat UIA dalam bahasa arab..bukankah khutbah tu untuk org paham..sukati hangpa laa..

5 comments:

  1. macam tak biasa lak khutbah bahasa arab

    ReplyDelete
  2. kupasan menarik!!
    teruskan menulis din. ade org yg membaca..

    p/s: org kat sini pon berusaha nk bg khutbah dalam BI(walaupun sukar tok diorang) supaye sume leh paham.. kat msia plak nk bg khutbah dlm bahase luar ye :P

    ReplyDelete
  3. amy search sampe sekarang saya masih suka sama lagu-lagunya, tapi untuk grup Melissa, mungkin kurang begitu terkenal di daerah saya bandung Indonesia

    ReplyDelete
  4. Thanks for the great post on your blog, it really gives me an insight on this topic.
    http://www.marksplex.info/

    ReplyDelete
  5. betoi la..nk bg semua org phm guna bahasa melayu la, kita bukan dok kt negara arab.. :)

    ReplyDelete