Saturday, November 14, 2009

santapan terakhir Rajagopal

Sebelum apa-apa hal,ingin aku jelaskan di sini yang entri blog ini tiada kena mengena dengan Santapan Raja Bersiong dari band Sil Khannaz..niat aku hanya ingin memberitahu yg aku baru saja selesai menghadiri satu walimatulurus sahabat lama di Shah Alam dan santapannya yg luar biasa membuatkan aku in moOd untuk menulis.

Di kala aku sedang menaip kisah ini aku sudah hampir 24 jam tak tidur..Ini semua angkara peperiksaan yang berderet2 membuatkan aku berkhalwat dengan buku sudah lebih seminggu.Selesai sudah exam Engine Design tadi aku terpaksa pula menghadiri walimatulurus seorang sahabat lama di Shah Alam..keadaan aku semakin tidak terurus dan aku dah tak ambik pusing dengan keadaan fizikal aku yang tampak lusuh. Akibat tidak cukup tidur,lapisan kulit di bawah mata aku nampak sembab dan tidak bermaya. Hal ini memaksa aku untuk mengenakan cermin mata hitam yang akhirnya membuatkan aku kelihatan seperti Hail Amir.

Sesampainya aku di dewan bankuet MBSA Shah Alam,tanpa segan silu aku terus meluru ke meja buffet kerana bau papadom goreng yang ditiup dek hawa sejuk penghawa dingin menusuk2 rongga hidung lantas menghantar impuls lapar..Sempat jugak aku mengerling ke meja rakan2 lain yang sampai lebih dahulu..

Walaupun ia hanyalah sebuah majlis perkahwinan yang sememangnya outcomes dan senarionya boleh dijangka tidak seperti kelab malam,parti sosial mahupun konsert, aku terasa sangat2 gembira..dan aku tau puncanya kerana aku baru saja melangkah keluar dari kekalutan exam yang sudah bersarang lebih satu minggu..di samping aku dapat berjumpa dan bertegur sapa dgn rakan2 yang boleh dikatakan bukan saja rupa mereka aku kenal, tetapi nama di dalam kad pengenalan mereka pon masih segar dalam kotak ingatan aku..Tuan Syazwani Tuan Azhar,Mohd Arif Samsuri,Rashidi Syed,Helwa Husna Katiman,Nur Adilah Zarin,Alia Rafek,Nur Fadhilah Mashri dan ramai lagi..inilah kegembiraan..yang boleh hadir bila2 masa tanpa dipaksa..dalam kes aku, walaupun di waktu aku hanya mampu fikir tentang tidur dan tidur lagi..berinteraksi dan bergurau senda dengan rakan2 tu jauh lebih menggembirakan berbanding yang lain..

Jadi,di kesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Siti Nurhafidzah Adnan dan pasangannya..semoga rumahtangga yang dibina terpasak kukuh biar badai bergunung datang menderu..kepada yang baru bagi invitation kad,kalO tiada apa aral,insyaAllah aku akan hadir..salam zzzzzzZz...

1 comment:

  1. sesungguhnya daku berasa sungguh terharu dengan kehadiran rakan2 maahad..tidak ku sangka sebegitu ramai yg akan hadir..thanks tuk ko jugak, coz dlm penat2 exam, masih sempat bertandang ke s.alam.. :D

    - s i t i n u r h a f i d z a h a d n a n -

    ReplyDelete